Salam!
Agak lama jugak tak update entry ha...
Lately agak busy jugaklah so sebab taknak bagi blog ni bersawang, aku curi masa menaip.
Korang pernah dengar perkataan 'plagiat'? Ya ya, tipulah tu kalau tak pernah dengar ye!
Plagiat ni satu kerja yang mencuri hasil kerja orang lain tanpa kebenaran dan tanpa kerelaan tuan punya kerja serta tidak diketahui oleh orang itu sendiri.
Sebagai tuan tanah, aku cukup-cukup tak suka dengan aktiviti curi hasil kerja orang. Umpama lembu bagi susu, sapi yang mendapat nama. Lepas ambik kerja orang, sibuk duk bangga-bangga pulak. Perangai macam hampeh!
Kau, kau, dan kau yang suka plagiat kerja orang tu, aku just nak cakap kau memang muka tak tahu malu, tak sedar diri dan segala macam TAK lagi!
Cuba kau letak diri kau sebagai seorang yang hebat, kreatif, inovatif dan mampu mereka sesuatu kerja yang cukup bombastik. And then, ada orang curi hasil kerja tangan kau. Soalan aku satu je, APA PERASAAN KAU?
TAK PUAS HATI, BENCI, RASA MACAM NAK BELASAH ORANG TU.
That's it!
Aku cuma nak cakap satu je...
Kalau tak suka orang buat kau, kau jangan buat orang lain.
Nak buat sesuatu tu, buat ajelah. Biarlah orang nak cakap yang kerja kau tu takde faedah and so on yang boleh buat kau rasa down.
Try to take it as a something possitive that can bring you to the top.
Lepas tu, kau cakap kat hati kau.
"Biar dia ketawa dulu puas-puas, lepas aku berjaya nanti, aku akan ketawakan dia sampai dia rasa bodoh sampai nak bunuh diri."
Ok, takdelah sampai macam tu. Potong aje perkataan selepas bodoh tu. Just kidding!
Konklusinya, kerja-kerja plagiat, copy mengcopy tidak baik untuk diri, jiwa dan minda kita. Biarlah kita tengok sesuatu kerja orang itu sebagai satu cetusan idea untuk buat something new.
Panjang pulak aku duk membebel. Hahahaha. Serius je muke. wat lek wat peace ah. ^_^
Ulasan
Catat Ulasan