Cerpen : Dialah Hero

Assalamualaikum. Hello.

Ni bukanlah cerpen pertama. Tapi cerpen ini adalah yang pertama dipublishedkan. Enjoy it. :)

AMARAN KERAS : SEBARANG AKTIVITI HIGHLIGHT→RIGHT-CLICK→COPY→PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. TERIMA KASIH.

_(._.)_

INSYIRAH pandang sekeliling. Tempat itu begitu asing bagi dirinya. Dia bagaikan berada di sebuah padang tandus. Semuanya berkabus.

"Kak...kakak..."tergagap-gagap Insyirah sebut perkataan itu. Perempuan berbaju putih itu datang menghampiri Insyirah.

"Kak Iman, Ikha rindu..."Insyirah cuba hampiri kakaknya.

"Ikha, Kak Iman nak Ikha pergi dari rumah tu. Ikha faham maksud kakak, kan? Pergi dari situ, sayang. Kebahagiaan Ikha akan datang nanti."

"Ikha tak tau nak pergi mana. Ikha nak ikut kakak."Insyirah sudah menangis.

"Tak boleh, dik. Kak Iman tak boleh lama. Ikha ingat ya, pergi dari rumah tu."Usai berkata-kata, Iman Zalikha terus berlalu dari situ. Insyirah Zulaikha cuba mengejar langkah kakaknya tetapi semakin laju dia berlari, semakin jauh kakaknya dari pandangan.

"Kak! Kakak! Jangan tinggalkan Ikha! Kakak!!!!"Insyirah terus terbangun dari tidurnya. Air mata mengalir di pipi.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka dengan kasar. Insyirah terkejut! Abang Azam!!

***

"LEPASLAH! Sakitlah, bodoh!!"tempik Insyirah. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Lelaki itu terus menampar pipi gadis itu.

"Aku takkan lepaskan kau. Kau kena puaskan aku. Aku dah tak tahan tengok kau!"lelaki itu cuba mencumbui wajah Insyirah.

"Lepaslah!! Tolong!! Tolong!!!"Insyirah menjerit sekuat hati. Dia menolak wajah abang iparnya.

"Sape nak tolong kau, hah? Hahaha."

Lelaki itu gelak jahat. Insyirah meronta kuat. Kakinya segera menyepak celah kangkang lelaki setan itu. Azam terus merengkot. Insyirah terus mengambil kesempatan berlari keluar daripada rumah neraka itu.

Dia terus berlari dan berlari hingga tidak kelihatan rumah itu. Tiba di tengah jalan, Insyirah terpana apabila melihat sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

***

INSYIRAH membuka matanya. Suasana putih itu menyakitkan matanya. Tubuhnya terasa sengal.

"Aduh..."Insyirah mengaduh sakit. Kepala yang berbalut disentuh perlahan.

"Kau dah sedar."tegur satu suara garau. Insyirah memandang lelaki itu. Gerun dia melihatnya. Wajah lelaki itu berparut. Ada garis panjang melintasi pipi kiri lelaki itu. Rambut serabai. Tapi pakaiannya... hmm. Macam orang keparat aje. Eh? Keparat ke koporat? Ah sudah! Benda tu jugak kau fikir?

"Kenapa saya ada kat sini?"soal Insyirah.

"Kau lintas jalan tak tengok kiri kanan, nilah bahananya."jawab lelaki itu serius. Suaranya perlahan tapi masih dapat didengari Insyirah. Insyirah meneguk liur.

"Berapa hari saya ada kat sini?"soal Insyirah lagi.

"Dua."

"Hah?!"

"Dua hari kau tak sedarkan diri. You are lucky. Takde yang serius luka kat kepala kau."

"Hmm."Insyirah terangguk-angguk. Perutnya terasa lapar.

"Awak... saya lapar."kata Insyirah.

"So?"lelaki itu angkat kening. Insyirah terkedu. Aku laparlah, nak makan!! bentak Insyirah. Terasa hati. Tanpa kata, dia terus rebahkan badan dan membelakangi lelaki tak berperasaan itu. Merajuk kononnya.

"Dasar heartless. Menyakitkan hati. Takde hati perut!"bebel Insyirah. Air matanya tiba-tiba meleleh. Teringat akan arwah kakaknya. Kalau kakaknya ada, pasti dia tidak kelaparan. Pasti dia tidak akan menghadapi kekejaman abang iparnya. Malang sungguh hidup seorang bernama Insyirah Zulaikha ini.

"Beli piza, nasi ayam. ABC sekali."Lelaki berparut itu memberi arahan melalui telefon. Insyirah yang mendengar mencebik. Tapi perutnya benar-benar lapar.

"Kau merajuk ke?"soal lelaki itu. Insyirah bangun.

"Apa awak peduli?"marah Insyirah. Air mat dikesat kasar. Lelaki itu diam.

***

"KENYANGNYA!"Insyirah ukir senyum. Dia memandang lelaki yang duduk di sofa wad kelas pertama itu.

"Awak tak nak makan?"soal Insyirah. Sudah habis nasi ayam sebungkus dan ABC, tiga keping piza baru dia nak tawarkan pada lelaki itu. Lelaki itu menggeleng.

"Nama awak apa?"soal Insyirah. Dia menghadap lelaki itu sambil menggoyang-goyangkan kaki yang dijatuhkan.

"Ikmal."jawab lelaki itu.

"Ohh... saya Insyirah."kata Insyirah pula.

"Tak tanya."balas lelaki itu tanpa perasaan. Insyirah buat tak kisah.

"Saya nak cakap jugak. Awak tak kerja ke? Dari pagi tadi awak dok sini teman saya."

"Tak."sepatah Ikmal jawab. Insyirah mula geram.

"Awak janganlah jawab sepatah sepatah."

"Suka hati akulah."itu pula jawapan menyakitkan daripada Ikmal.

"Benci betullah dia ni."dengus Insyirah.

"Petang ni kau dah boleh keluar. Aku hantar kau balik."kata Ikmal. Insyirah yang dengar sudah pucat.

"Awak... saya tak nak balik."Insyirah geleng banyak kali. Ikmal pelik.

"Kalau kau tak balik rumah kau, kau nak duk mana?"

"Saya... saya sanggup ikut awak."kata Insyirah tanpa berfikir panjang.

"Jangan buat lawak!"Ikmal menaikkan suara.

"Saya serius. Saya tak nak balik kat neraka tu. Tolonglah awak... awaklah harapan saya. Allah utuskan awak untuk tolong saya."Insyirah menangis merayu pada Ikmal.

"Jangan merepek. Aku tak boleh bawak kau duduk dengan aku."keras suara Ikmal. Dia terus keluar daripada wad itu.

***

"RUMAH kau kat mana?"soal Ikmal. Insyirah menggeleng. Tak nak bagitahu Ikmal. Ikmal berdengus.

"Apa masalah kau, hah? Aku nak hantar ni kira bersyukur tau! Kalau ikut hati aku, aku dah campak kau tengah jalan."tempik Ikmal. Kesabarannya tercabar. Insyirah menekup mulutnya. Menahan tangis.

"Sikit-sikit nangis. Muak!!"kata Ikmal lagi. Wajahnya yang hodoh, semakin hodoh apabila dia berwajah bengis begitu.

"Mana rumah kau?"tanya Ikmal lagi. Insyirah tetap tak nak bagitahu. Ikmal makin panas hati. Dia berhenti di tempat dia terlanggar Insyirah.

"Keluar."arah Ikmal.

"Saya nak ikut awak..."kata Insyirah.

"Aku kata keluar. Kau tak faham ke?!"jerkah Ikmal. Insyirah tidak kisah ditengking, dimaki. Dia tidak rela gadaikan maruahnya pada lelaki durjana seperti abang iparnya itu. Dia tidak rela!!

Ikmal keluar daripada kereta Nissan Muranonya dan terus ke tempat penumpang. Tanpa belas, dia menarik tangan Insyirah supaya keluar daripada keretanya.

"Awak... tolonglah. Saya tak nak balik. Nanti abang ipar saya nak rogol saya. Awak, tolonglah..."Insyirah melutut di kaki Ikmal sambil mengongoi. Ikmal terpempan. Sebab itukah gadis ini tidak mahu pulang?

"Awak... saya merayu sangat. Bawak saya jauh daripada sini. Awaklah satu-satunya harapan saya."rayu Insyirah lagi. Meleleh-leleh air matanya turun. Ikmal buntu.

Benarkah kata-kata gadis ini? Atau dia sedang ditipu? Tapi wajah itu penuh kelukaan. Allah, bantulah aku...

***

"MASUKLAH."kata Ikmal. Insyirah masuk ke dalam apartment itu. Wajahnya agak lega apabila Ikmal sudi bawa dia jauh daripada neraka ciptaan abang iparnya.

"Kau jaga rumah aku elok-elok. Aku jarang balik sini. Pastikan rumah aku kemas. Jangan buat sepah pulak."pesan Ikmal. Insyirah angguk tanda faham.

"Jom aku tunjuk bilik kau."ajak Ikmal. Dia berjalan masuk ke dalam. Tiba di satu pintu dia berhenti.

"Jangan berani masuk bilik ni. Aku punya. Aku tak suka orang ceroboh masuk bilik aku."Ikmal berpesan lagi. Insyirah angguk lagi.

"Ni bilik kau."Ikmal buka pintu bilik itu. Insyirah pandang sekeliling. Katil bujang, sebuah meja belajar. Ada kipas siling lagi. Almari baju pun ada. Insyirah senyum. Bersyukur.

"Kau pandai masak?"soal Ikmal. Dia terus menonong ke dapur pula. Insyirah setia ikut dari belakang.

"Pandai."jawab Insyirah.

"Hmm... ni dapur. Pandai-pandailah kau uruskan. Barang basah takde. Aku tak reti masak. Nanti aku belikan barang basah."kata Ikmal. Dia ke ruang tamu pula.

"Saya nak kerja..Boleh tak?"soal Insyirah.

"Kerja apa? Kelulusan apa kau ada?"soal Ikmal.

"Saya ada kelulusan bussiness law tapi resume semua ada dekat rumah abang ipar saya."jawab Insyirah. Ikmal diam.

"Tapi buat masa ni saya tak kisah kerja apa pun. Yang penting saya dapat tampung hidup saya. Saya tak nak terlalu bergantung pada awak."jelas Insyirah lagi. Ikmal diam berfikir. Dia dapat idea. Dia mengeluarkan dompet dan menghulurkan sekeping kad pada Insyirah.

"Kau boleh pergi kat restoran ni. Mintak kerja."Insyirah menilik kad itu.

"Terima kasih."Insyirah gembira.

"Aku pergi dululah."

***

"IKMAL... dari mana ni, sayang? Sehari suntuk takde kat rumah. Papa cakap Ikmal tak masuk office pun hari ni."tegur Datin Aima dari ruang tamu apabila melihat tubuh anaknya baru masuk.

"Ikmal pergi hilangkan stress, ma. No worries."jawab Ikmal. Hilangkan stres konon. Takde beban, pergi cari beban. Bidas hati Ikmal.

"Dah makan ke belum?"soal Datin Aima. Ambil berat.

"Belum."jawab Ikmal. Dia labuhkan duduk di sofa.

"Nak makan?"soal mamanya.

"Tak selera, ma. Ikmal naik dululah."terus di menghilangkan diri ke dalam bilik. Datin Aima mengeluh. Dia bimbangkan anaknya itu. Walaupun doktor kata anaknya itu sudah sembuh dari penyakitnya, dia tetap merasakan bahawa anaknya itu masih trauma dengan kejadian hitam itu.

***

MALAM itu, Ikmal termenung di beranda biliknya. Suasana malam itu agak sejuk dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Ketukan pintu manghapuskan lamunan pemuda itu. Pintu terkuak daripada luar.

"Ikmal..."panggil Datuk Yusri. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi malas bersebelahan anak tunggalnya. Ikmal senyun kecil.

"Are you okay?"soal Datuk Yusri prihatin.

"Mal okay."jawab Ikmal. Datuk Yusri pandang wajah anaknya. Wajah yang tidak banyak berubah tapi parut itu...

"You are not okay."kata Datuk Yusri perlahan.

"Pa, please..."Ikmal pandang papanya.

"Your eyes show me that you are not okay."kata lelaki tua itu lagi.

"Mal masih ingatkan perkara tu?"soal Datuk Yusri dengan suara tak terkeluar. Ikmal diam. Dia berpaling ke arah lain.

"Past is past, Mal. Pak long pun dah lama meninggal. Papa tahu susah nak lupakan tapi sampai bila Mal nak hidup dalam kenangan tu?"soal Datuk Yusri lirih. Sedih dia tengok keadaan anaknya.

"Mal tak boleh, pa..."Ikmal menangis. Seperti anak kecil. Bahunya terhinggut menahan tangis. Ketakutan sedikit sebanyak mula menjalar dalam tubuhnya hingga menghasilkan gigilan pada tubuh itu.

Datuk Yusri terus memeluk anak kesayangannya.

"Papa minta maaf, Mal. Papa mintak maaf..."Datuk Yusri menuturkan kata maaf pada anaknya.

***

"LAMANYA awak tak datang sini."Insyirah teruja dengan kedatangan Ikmal. Ikmal jeling Insyirah kemudian menebarkan pandangan di sekeliling ruang apartmentnya. Bersih dan kemas.

"Aku sibuk. Aku datang ni nak tengok rumah aku. Mana tahu jadi macam-macam."kata Ikmal. Insyirah mencebik.

"Awak... saya nak mintak tolong, boleh?"Insyirah pandang wajah Ikmal yang berdiri di luar.

"Apa?"soal Ikmal.

"Saya nak balik rumah abang ipar saya. Saya nak ambik barang-barang saya."kata Insyirah perlahan.

"Okay."balas Ikmal.

"Tapi awak temanlah saya..."kata Insyirah.

"Aku sibuk."

"Tolonglah awak... kalau ada awak, mesti dia tak berani buat apa-apa dekat saya."Insyirah rapatkan tapak tangannya tanda merayu.

"Bila?"

"Petang ni, boleh?"

"Tengok ah dulu..."

"Seriuslah awak..."

"Hmm. Yelah... I'll fetch you here. Tunggu bawah. 5 p.m sharp."putus Ikmal. Insyirah gembira.

"Terima kasih, Ikmal. Saya banyak terhutang budi kat awak."Insyirah senyum lebar.

"Tak payah senyum macam tu. Bajet comel la tu. Aku pergi dululah."Ikmal sudah melangkah. Dada kirinya disentuh. Ada getaran apabila melihat senyuman itu. Dia menggeleng. Takkan dia jatuh suka pula? Nonsense!

***

"I'll wait here."kata Ikmal sambil memandang sekeliling.

"Jomlah turun sama. Saya takutlah..."Insyirah gelisah.

"Menyusahkan betullah kau ni. Pergilah cepat. Aku ada hal pulak ni. Pergi...pergi!"halau Ikmal tanpa perasaan. Insyirah meneguk liur kesat. Ya Allah, selamatkanlah aku, doa Insyirah dalam hati.

Insyirah menjenguk dalam pagar. Kereta Wira abang iparnya tersadai di situ. Ya Allah... takutnya Insyirah saat itu. Tapi dia perlu ambik barang dan dokumen pentingnya. Dia mahu mulakan hidup baru. Tidak mahu terlalu bergantung pada Ikmal.

Pagar kecil di sebelah kanan dibuka. Dia segera melangkah masuk. Pintu rumah diketuk. Tidak lama kemudian wajah Azam mula muncul. Tubuh Insyirah mula menggigil tapi Insyirah tahu dia perlu hadapi Azam.

"Kau..."Azam senyum sinis.

"Aku ingat kau dah mampus. Kau pergi mana ha? Dua minggu tak balik. Kau pergi menyundal ke apa hah?!"tengking Azam dengan muka bengis. Insyirah tak hiraukan kata-kata itu.

"Aku nak ambik barang aku semua."kata Insyirah. Hilang sudah rasa hormat pada suami arwah kakaknya. Azam memandang tubuh Insyirah atas bawah. Insyirah gerun.

"Masuk."Azam beri laluan. Ada peluang... bisik hati syaitan Azam. Dia sudah lama ketandusan kasih sayang seorang perempuan.

Insyirah segera ke biliknya untuk mengemas kain baju. Dokumen penting segera di masukkan dalam beg pakaian. Dia mahu segera keluar dari situ. Dia gerun melihat pandangan Azam.

Pintu bilik tiba-tiba terbuka dengan kasar. Insyirah mula menggigil. Bayangan malam itu mula menjadi wayang dalam benaknya.

"Kau bodoh! Bodoh sebab datang sini semula. Kau ingat aku senang-senang nak lepaskan kau, ha?"Azam tergelak kuat. Bajunya segera ditanggalkan. Insyirah ketakutan.

Dia memeluk beg pakaiannya sambil menggeleng. Dia berundur ke belakang.

"Abang Azam. Jangan buat Ikha macam ni. Ingat Allah, bang! Ingat Kak Iman!"

"Peduli apa aku! Kakak kau dah mati! Apa yang dia boleh buat ha?"jerkah Azam. Dia menerkam ke arah Insyirah. Insyirah tersandar di dinding. Ya Allah, selamatkan hamba-Mu ni...rintih Insyirah dalam hati. Air mata tidak henti mengalir.

Azam cuba mencumbui wajah Insyirah. Tetapi Insyirah mengelak. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

Bam! Pintu bilik ditendang daripada luar. Doa Insyirah dimakbulkan. Alhamdulillah...

"Tak guna!"jerit Ikmal. Dia menarik tubuh lelaki itu lalu di layangkan tumbukan padu pada wajah itu. Azam tersungkur. Belum pun  sempat bangun, Azam menerima pula sepakan bertubi-tubi daripada Ikmal.

"Kalau macam nilah perangai kau, kau tak layak jadi manusia! Tak guna!!"tempik Ikmal. Dia terus menarik tangan Insyirah keluar daripada situ.

***

"MAAF, aku tak teman kau masuk tadi. Padahal kau mintak aku teman."Ucap Ikmal kesal. Insyirah kesat air mata yang tidak henti mengalir daripada tadi.

"Tak apa. Saya tak ambik hati."balas Insyirah.

"Nasib aku tergerak hati nak masuk tadi. Kalau tak..."Ikmal meraup wajahnya. Sesalnya tidak terkata.

"Dah berapa kali dia nak buat benda tak senonoh kat kau?"soal Ikmal.

"Banyak kali dah... sejak kakak saya meninggal. Kakak saya meninggal dua tahun lepas, kemalangan."cerita Insyirah.

"Dia berjaya?"

"Tak. Sebab saya jarang ada rumah. Baru tiga bulan lepas saya habis belajar. Masa belajar saya duduk asrama dan sewa rumah dengan kawan-kawan.

Lepas habis belajar, saya duduklah dengan dia. Dia cakap nak jaga saya, saya pun okey lah sebab diakan suami kakak saya. Tak sangka pulak dia nak buat tak senonoh kat saya."cerita Insyirah. Ikmal terangguk-angguk.

"Pernah sekali tu dia masuk bilik saya. Nasib baik saya tersedar... dia buat alasan nak tengok saya dah tidur ke belum... masa tu saya dah syak sesuatu. Lepas dia sedar saya tahu niat dia, malam awak terlanggar saya... dia cuba perkosa saya. Alhamdulillah, Allah masih pelihara maruah saya."

"Ermm..."Ikmal angguk faham. Baru dia tahu cerita sebenar.

"Yang kau percaya dia tu kenapa? Konon nak jaga... hmph!"cebik Ikmal. Insyirah senyum.

"Sebab, sebelum Kak Iman meninggal, Abang Azam baik sangat. Romantik pun ya. Selalu nak bermanja dengan Kak Iman. Kalau awak ada kat tempat saya pun awak percaya dia tu baik. Tapi lepas Kak Iman meninggal, Abang Azam betul-betul berubah. Pemarah, panas baran, kurang sabar semua lengkap pakej."

"Manusia berubah..."keluh Ikmal. Dia pun pernah jadi mangsa kekejaman manusia. Malah mangsa darah daging sendiri. Perlahan parut sepanjang 7cm di pipi disentuh. Walaupun berparut, bagai terasa-rasa lagi saat pipinya ditoreh.

"Awak okey?"tegur Insyirah. Dia pelik tengok gelagat Ikmal yang sentuh parut di pipi kirinya.

"Okay. Jangan risau."balas Ikmal.

***

HUJUNG minggu, Ikmal bawa Insyirah keluar ke mall.

"Awak, saya nak berhenti kerja kat restoran tu..."kata Insyirah. Dia menjilat ais krim di tangannya.

"Kenapa?"soal Ikmal sambil jeling Insyirah. Kadang dia pelik, Insyirah langsung tidak malu keluar dengannya.

Dengan rambut serabai, berparut di wajah gadis itu masih selamba keluar dengannya. Orang sekeliling hanya pandang dia dengan pandangan sinis dan jijik.

"Entahlah. Saya tak seronok kerja situ. Budak laki asyik kacau saya aje."cerita Insyirah.

"Apa?! Habis manager kat situ kat buat apa-apa ke?"soal Ikmal mula panas hati.

"Saya tak buat laporan pun. Pelanggan lelaki la yang kacau tapi biarlah... saya nak minta kerja kat tempat lain."Insyirah berkata-kata lagi.

"Kalau macam tu kau kerja dengan aku ajelah... nak?"tawar Ikmal.

"Kerja apa?"soal Insyirah. Automatik langkahnya terhenti.

"PA."Ikmal ukir senyum. Insyirah terpana.

***

INSYIRAH hempas punggung atas kerusi dengan kasar. Fail hitam dihempas geram atas meja. Wajahnya masam mencuka.

"Kenapa, Syi?"soal Raihan apabila melihat wajah Insyirah mencuka.

"Bos awak tulah! Geram saya dibuatnya."kata Insyirah. Dia meraup wajah yang jelas tertekan.

"Kenapanya? Bawak bertenang..."Raihan tenangkan staf yang baru sebulan kerja di situ.

"Entah. Buat peraturan bodoh! Semua staf kena ke peraturan bodoh ni?"soal Insyirah. Dia menjuih je arah fail hitam atas meja kerjanya. Raihan segera mencapai lalu dibuka. Berkerut dahinya membaca patah perkataan yang tertera atas kertas putih.

"Takde pulak saya dapat mende ni. Ah sudah..."Raihan macam dapat hidu sesuatu aje.

"Jangan-jangan Encik Ikmal suka awak kot..."Raihan tersenyum mengusik. Rasa macam mahu gelak pun iya juga. Macam kebudak-budakan pula buat rules macam ni alahai...

"Jangan merepek. Dia tu mereng! Suka buat sesuatu ikut kepala masuk air dia tu!"dengus Insyirah.

"Habis la awak. Peraturan ni berkuatkuasa untuk Insyirah Zulaikha binti Akram."Raihan baca ayat terakhir kertas itu.

"Hah?!"Mata Insyirah terbuntang. Ada ke? Dia tak perasan pun.

"Betul... cuba baca."Raihan bagi fail itu pada Insyirah. Insyirah baca.

"Kan dah cakap! Dia tu mereng!!"

"Bertabahlah... hahaha."Raihan tak dapat tahan gelak.

"Awak janganlah gelak!"Raihan berhenti gelak. Dia pandang Insyirah.

"Saya buat kerja dululah."Raihan kembali ke mejanya dengan senyuman meleret-leret. Insyirah jelir lidah pada rakan sekerjanya itu.

***

"TAK nak makan ke?"soal Ikmal sambil pandang Insyirah. Insyirah hanya merenung makanan di hadapannya.

"Kenapa awak buat rules mengarut tu?"soal Insyirah. Ikmal ambil tisu dan lap mulut. Dia angkat bahu.

"Saja..."balas Ikmal. Takkan dia nak cakap yang dia cemburu tengok Insyirah keluar dengan lelaki lain. Tempah malu kau Ikmal...

"Kenapa saya aje yang kena ikut rules tu? Kenapa tak semua perempuan bujang kat office awak tu?"soal Insyirah lagi.

"Banyak cakaplah kau ni. Duk diam dan makan."

"Tak nak!"Insyirah berdegil. Ikmal merengus geram. Tanpa mereka sedari, ada mata yang memerhatikan mereka. Pandangan penuh dendam.

"Kenapa degil sangat? Kalau dengan akauntan tu bukan main kau gelak-gelak dengan dia. Dengan aku, bos kau ni asyik nak bermasam muka aje. Ingat, aku yang dah banyak tolong kau. Sedar sikit!"marah Ikmal dengan suara tertahan menahan marah. Insyirah diam. Mengungkit!

"Tak kisahlah kau nak cakap aku jenis mengungkit ke apa tapi aku tak suka kau keluar dengan Johan tu! No! Aku tak suka kau keluar dengan mana-mana lelaki!"tegas Ikmal.

"Awak lelaki."kata Insyirah sambil angkat kening.

"Kecuali aku, Ikmal Farhain bin Yusri. Faham?"

"Tak."

"Bebal!!"

"Jahat."bisik Insyirah.

"Aku dengarlah."Ikmal jeling gadis di hadapannya.

"Awak jeles eh saya keluar dengan Encik Johan?"Insyirah tersengih.

"Jangan perasan."

"Eleh... jeles tak ngaku."Insyirah mencebik.

"Jeles apa pulak. Aduhh... kau bukan cantik pun. Buat apa lah nak jeles dengan kau yang tak cantik ni."tapi kau comel, sambung Ikmal dalam hati. Insyirah sudah mencuka.

"Macam handsome sangat. Selekeh."kutuk Insyirah senyap-senyap. Tapi deria pendengaran Ikmal memang tiptop.

"Aku selekeh bersebab tau. Kalau aku pakai smart-smart nanti ramai pulak tergoda dengan aku. Melepaslah kau nanti."

"Eh, perasannya awak. hahaha."Insyirah gelak.

"Yalah. Aku tau. Pakai macam mana pun aku tetap hodoh. Sebab muka aku berparutkan? Tu yang kau nak cakap, kan? Aku tau..."Ikmal tayang wajah sedih. Dia menyedut fresh orange. Ikmal terus bangun dan meninggalkan Insyirah. Insyirah terkedu. Aih, dia merajuk ke?

***

INSYIRAH berpaling dan menjenguk tingkap lutsinar di belakang mejanya. Nak tengok Ikmal. Lelaki itu merajuk panjang. Sudah dua hari tak tegur Insyirah.

"Beria-ria merajuk, bukan nak pujuk aku pun."bebel Ikmal sambil jeling Insyirah yang duduk di luar.

"Sejak bila kau pandai merajuk ni, Ikmal?"dia tanya soalan tu kat diri sendiri.

"Sejak aku suka dialah..."soal sendiri, jawab sendiri.

"Tapi dia suka aku ke tak eh?"tercetus pula soalan itu di bibirnya. Ikmal pusing kerusi putarnya menghadap paranormal Kuala Lumpur.

Kedengaran pintu diketuk dan dibuka. Ikmal berpaling. Insyirah rupanya. Dia nak pujuk aku ke? Ikmal tahan senyum. Wajah serius habis!

"Err...awak. Saya buatkan awak air."Insyirah letak secawan white coffee di hadapan Ikmal.

"Hmm."balas Ikmal. Terus dia pusing balik ke belakang. Insyirah geram. Takkan cara ni pun tak jalan. Dah tua-tua pun nak merajuk. Bukannya aku maksudkan apa yang dia cakap haritu. Dia tu double-minded. Bebel Insyirah dalam hati. Sempat dia jelir lidah pada Ikmal.

"Dah dua hari awak tak tegur saya tau. Kalau lebih dari tiga hari dikira dosa. Saya mintak maaf kalau saya buat awak terasa hati. Saya keluar dulu."Insyirah terus mengatur langkah keluar. Ikmal hanya buat dunno.

Ikmal hadap meja kerjanya balik. Dia menarik piring dan cawan dekat dengannya. Orang dah buat kita minum ajelah. Ikmal hirup white coffee kegemarannya. Sedap! Matanya menangkap satu nota atas piring kecil itu. Dia mengambil dan buka lipatan itu.

Stop sulking! Not cute enough for me ~ IZ

Tanpa dapat ditahan, Ikmal ukir senyuman. Kalau selama ni dia payah nak ukir senyum, sejak kemunculan Insyirah, dia dan senyum bagaikan berpisah tiada. Mama dan papanya juga selalu tangkap dia senyum sorang-sorang.

Insyirah intai gelagat Ikmal. Wahh... dia senyun dowh! Handsomenya. Bukan senang nak tengok dia senyum. Bisik Insyirah. Dia tak merajuk dah kut... tebak Insyirah.

***

"SAYANG, tengok anak kita tu. Dia dah lain sekarang."Datin Aima tegur suaminya dan letak dulang atas meja di hadapan suaminya.

"Tak lain apanya, dia dah tangkap cintan dengan PA sendiri."kata Datuk Yusri. Dia tengok Ikmal yang sedang berenang-renang dalam kolam.

"Iya? Macam mana abang tahu?"

"Dah setiap hari lunch sama. Lepas tu abang ada dengar juga soksek staf di HQ. Ikmal dah pandai merajuk. Senyum pun dah pandai."cerita Datuk Yusri.

"Saya lega tengok perubahan dia. Kalau dulu macam lifeless tapi sekarang dah mula cakap banyak dah. Selalu ajak kita dinner sama-sama. Kalau tak, asyik berkurung aje dalam bilik. Saya nak jumpa dengan PA dia, abang. Nak tengok jugak siapa yang pandai tackle anak kita tu..."

"Bagus jugak. Nanti kita pergi jumpa secara berjemaah."

***

"AWAK, saya ada teka-teki."Insyirah tengok Ikmal sambil tersengih. Ikmal angkat kening. Mereka sedang menikmati BR. Hujung minggu ni dah jadi kemestian Insyirah keluar dengan Ikmal. Rules!

"Gajah terbang dengan apa?"Insyirah buat teka teki budak-budak.

"Senang! Dengan telingakan?"bangga Ikmal jawab. Confident habis! Insyirah terkekek-kekek ketawa.

"Salah! Cuba lagi."

"Betullah!"bulat mata Ikmal tengok Insyirah terkekek ketawa.

"Mengalah?"Ikmal angguk.

"Gajah terbang dengan susah payahlah awak. Awak tak pernah dengar ke teka teki ni?"soal Insyirah dengan sisa ketawa. Ikmal geleng kepala.

"Aku pulak bagi kau teka teki. Dalam MENU ada apa?"Ikmal angkat-angkat kening.

"Ada senarai makanan."jawab Insyirah confident.

"Tet! Salah! Cuba lagi."

"Hmm. Senarai makanan dan minuman."

"Salah. Cuba lagi."

"Alaa... salah kenapa? Apa jawapan dia?"Insyirah mengalah.

"Dalan MENU ada ME n U."Ikmal kenyit mata pada Insyirah. Insyirah mencebik.

"Mana awak tau teka teki ni?"Soal Insyirah ingin tahu.

"Facebook."Ikmal senyum.

" Jom. Aku nak pergi potong rambut."Ikmal bangun. Insyirah teruja.

"Potong rambut? Jom!" mereka terus ke kedai gunting rambut.

Insyirah duduk di sofa sambil belek-belek majalah. Sesekali Ikmal dikerling sekilas. Hatinya berdebar menunggu wajah baru Ikmal tanpa rambut serabai yang panjang itu.

"Insyirah!"seru Ikmal. Dia berdiri tegak sambil tersengih. Insyirah angkat muka.

"Amacam? Handsome tak aku?"Insyirah tenung wajah Ikmal.

"Awak ke ni?"Insyirah tak percaya tapi parut tu... betullah Ikmal. Tapi kenapa handsome sangat!? Insyirah berdebar tengok wajah itu.

"Akulah ni. Tak percaya kan?"Ikmal tak habis tersengih. Mesti Insyirah tergoda dengan aku. Dia buat semua ni pun untuk Insyirah.

"Not bad. Hmm."Insyirah angguk-angguk. Kalaulah parut tu tiada, pasti penampilan Ikmal makin menarik.

***

"AHHH!!!"Datin Aima terjerit nyaring melihat orang asing masuk rumahnya. Ikmal turut terkejut dengar mamanya terjerit.

"Ikmal ke ni?"soal Datin Aima tak percaya. Dia memegang kedua-dua pipi anaknya.

"Mal la ni, ma."Ikmal senyum.

"Ya Allah, anak aku!"Datin Aima terus rangkul leher anaknya. Dia terharu dan gembira. Anaknya sudah kembali. Syukur, ya Allah. Ikmal merendahkan tubuhnya supaya senang mamanya peluk. Dia tahu dia banyak merisaukan hati mamanya.

"Mal mintak maaf. Mal tahu Mal selalu runsingkan hati mama dengan perangai Mal."ucap Ikmal sendu.

"Tak sayang... mama gembira anak mama yang dulu dah kembali. Mama tak sabar nak beritahu papa."Datin Aima mencium-cium pipi anak kesayangannya. Ikmal hanya senyum.

***

TIDUR Ikmal terganggu dengan panggilan yang masuk. Dia bangkit dan mencapai telefon Samsung Note 3 atas meja sisi. Nombor tidak dikenali yang telefon. Mesej yang masuk segera dibuka.

-Cepat datang ke apartment kau! Insyirah dalam bahaya!!

Hampir luruh jantung Ikmal baca mesej tu. Segera dia mencapai sweater lalu disarungkan ke tubuh. Kunci kereta dan dompet dicapai.

"Angkatlah, Syirah!!"Ikmal cuba telefon gadis itu tapi hanya voicemail yang kedengaran. Minyak kereta ditekan lagi. Ikmal resah menunggu lif terbuka.

Pintu apartmentnya elok terkunci. Ikmal mula pelik. Jangan-jangan ada orang nak perangkap aku tak? Andaian itu berlegar dalam fikiran Ikmal. Tapi macam mana kalau Insyirah betul-betul dalam bahaya? Hati Ikmal berbisik.

Ikmal buka pintu gril dengan kunci pendua. Kemudian dia masuk perlahan-lahan dan memerhati sekeliling. Gelap. Dia melangkah pula ke bilik Insyirah. Dia cuba buka pintu, tak berkunci. Seperti pencuri pula Ikmal.

Ya Allah! Seksinya minah ni! Jerit hati Ikmal. Dia segera tutup pintu bilik Insyirah. Tak guna! Ada orang nak mainkan aku! Panas hati Ikmal. Segera dia mahu keluar dari situ. Hatinya rasa tak sedap.

Sebaik saja pintu dibuka, ada lima orang lelaki berserban dan berjubah putih dan dua perempuan di depan pintu apartment. Ikmal rasa macam mahu pitam!

***

INSYIRAH menjeling tajam wajah Ikmal. Ikmal teguk liur. Dia tahu gadis itu marah dengannya pasal malam semalam.

"Apa tengok-tengok?!"soal Insyirah garang. Ikmal terkejut.

"Err... aku... aku..."Ikmal tergagap-gagap.

"Awak apa?!"jerit Insyirah. Dia benar-benar marah dengan Ikmal. Walaupun itu apartment Ikmal, tidak patut dia masuk senyap-senyap lebih lebih lagi kalau ada seorang perempuan dalam apartment itu.

"Janganlah jerit-jerit. Okey-okey, aku minta maaf. We need to talk."Ikmal cuba tenangkan Insyirah. Mereka sedang berada di tepi tasik. Nasib baik takde orang ramai di situ.

Insyirah berpeluk tubuh.

"Aku bukan saja-saja datang apartment. Tapi ada orang call aku, pastu mesej aku yang kau dalam bahaya. Aku risau, terus aku pergi apartment aku."jujur Ikmal. Insyirah hanya dengar.

"Kalau kau tak percaya, tengok mesej aku dapat ni. Betul, tak tipu."Ikmal takut Insyirah tak percayakan dia. Dia hulurkan telefon pada Insyirah. Insyirah baca dengan wajah berkerut. Dia meneliti nombor telefon tak bernama itu. Nombor itu!

"Awak, saya rasa macam kenal aje nombor ni..."kata Insyirah. Ikmal terkedu.

"Kau kenal?"Insyirah angguk. Dia keluarkan telefonnya.

"Hmm! Got it! Abang Azam yang kenakan kita."Insyirah terkejut.

"Damn! Tak guna! Apa yang dia tak puas hati ni! Bodoh betul!!"amuk Ikmal.

"Sabar awak..."Insyirah takut tengok Ikmal mengamuk.

"Mama ngan papa nak kita kahwin..."ucap Ikmal perlahan.

"What?!!"Insyirah terkejut beruk. Matanya bulat. Ikmal ketawa besar.

"Taklah... gurau je."Ikmal buat sign peace.

"Apa ni?! Ee!!"Insyirah pukul bahu Ikmal. Ikmal elak.

"Sakitlah, biul."Ikmal usap bahunya.

"Mama ngan papa tak paksa tapi aku buat keputusan nak kahwin ngan kau. Alang-alang la. Kalau berita ni sampai kat press, bussiness family aku hancur."terang Ikmal.

"Tapi..."

"Syut. Dengar dulu. Aku sebenarnya memang nak lamar kau. Tapi aku tak expect pulak benda ni nak jadi,kan. Kira dua dalam satu, aku nak kau jadi suri aku dan bisnes family aku selamat. So, amacam? Take it easy, ok? Aku suka kau, aku nak jaga kau."luah Ikmal. Insyirah terkebil-kebil tengok Ikmal. Dia lamar aku ke? Kenapa aku gembira sangat ni? Bisik hati Insyirah.

"Aku tak mintak jawapan sekarang. Kau mintak petunjuk Allah dulu, okay? Jom balik office."ajak Ikmal dengan muka selamba padahal dalam hati malu gila!!

***

#Flashback

IKMAL menunggu pemandu keluarga menjemputnya yang baru pulang daripada kelas tambahan. Sambil menunggu, dia membaca buku biologi, subjek kesukaannya. Kereta BMW berhenti di depan bus stand. Keluar seorang lelaki tua dengan kot. Lagak baru balik dari kerja.

"Ikmal."panggil lelaki tua itu. Ikmal panggung kepala.

"Eh, pak long!"Ikmal senyum. Dia terus menghampiri lelaki tua itu dan menyalami tangan Tan Sri Yahya, abang kepada papanya.

"Jom ikut pak long. Uncle Ijam tak dapat jemput, papa Mal suruh pak long jemput Mal."kata Tan Sri Yahya.

"Iya? Tak menyusahkan ke, pak long? Mal seganlah."ucap remaja lelaki berusia 17 tahun itu.

"Taklah. Cepat masuk."Tan Sri Yahya terus buka pintu untuk anak saudaranya. Ikmal terus masuk.

Ikmal perasan Tan Sri Yahya asyik tengok cermin pandang belakang tapi dia buat tak tau aje. Tan Sri Yahya membelok ke arah jalan sunyi.

Tiba-tiba sebuah van putih menyekat kereta Tan Sri Yahya. Tan Sri Yahya terpaksa berhenti di tepi jalan.

Kelihatan tiga orang lelaki bertopeng menyerbu kereta Tan Sri Yahya. Ikmal dan bapa saudaranya cemas.

"Pak long! macam mana ni?!"Ikmal berasa sangat takut. Tan Sri Yahya turut berpura-pura cemas. Padahal lelaki bertopeng itu orang suruhannya.

Pintu kereta dibuka dengan kasar. Ikmal ditarik keluar. Belum pun remaja itu bertindak, tubuhnya ditendang-tendang tanpa belas.

"Pak long! Tolong Mal!!"jerit Ikmal. Wajahnya sudah dipenuhi dengan darah. Tiba-tiba Ikmal merasakan alam sekeliling berputar. Terasa cecair pekat mengalir ke pipinya. Ikmal sudah tidak sedarkan diri lagi.

***

IKMAL membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya benar-benar sakit. Ikmal dapat rasakan dia tidak dapat bergerak. Ikmal meronta-ronta tetapi dia sudah terikat di kerusi. Ikmal tebarkan pandangan ke sekeliling. Dia tidak tahu di mana dia berada sekarang. Ikmal takut.

"Tolong!!!!!"Remaja itu menjerit minta tolong.

Dua orang lelaki bertubuh sasa masuk dalam bilik gelap itu.

"Hei! sape korang hah? kenapa culik aku?!"Ikmal menjerkah dua lelaki yang masih bertopeng itu. Dua lelaki itu hanya diam. Lima minit kemudian, muncul seorang lelaki tua.

"Pak long!!!?"bulat mata Ikmal pandang wajah lelaki itu. Tan Sri Yahya tersenyum sinis.

"Kenapa? Terkejut?"soal Tan Sri Yahya sinikal.

"Pak long, kenapa culik Ikmal? Ikmalkan anak saudara pak long. Darah daging pak long."Ikmal menyoal lirih. Dia meronta-ronta dengan harapan tali yang mengikat kaki dan tangannya terlerai.

"Anak saudara? Boleh bagi kekayaan dekat aku ke? Hah?!"jerkah Tan Sri Yahya. Wajahnya bengis.

"Apa pak long cakap ni?"Ikmal tak faham.

"Kalau kau nak tahu, aku berdendam dengan bapak kau! Yus tu memang tak guna! Ada adik pun tak boleh nak tolong! Sakit hati aku tau tak?! Kalau dia setuju nak bagi aku duit 5 juta, bisnes aku takkan lingkup! Sekarang, apa yang aku ada?! Semuanya hancur!!!"Tan Sri Yahya meraup wajahnya yang kemerahan.

"Pak long! Papa tak salah. Pak long yang salah. Kalau pak long tak kalah judi, takdenye syarikat pak long tergadai! kenapa nak salahkan papa?!!"

"Aku cuma mintak tolong dia tapi dia tu kedekut! Kau anak kesayangan dia! Aku akan gunakan kau untuk dapatkan duit!"

"Pak long, tolonglah lepaskan Ikmal. Ikmal merayu sangat..."Ikmal menangis. Dia takut. Pak longnya bukan lagi lelaki yang lembut dengannya.

"Jangan harap! Sebelum aku call papa kau, aku akan seksa kau dulu! Biar papa kau rasa macam mananya rasa tak sukakan keresahan, kebimbangan dan rasa macam nak gila tengok sesuatu yang berharga terseksa!"begitu kejam kedengaran suara Tan Sri Yahya.

"Jangan pak long... tolonglah..."Ikmal menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali dengan wajah ketakutan. Lebih-lebih lagi melihat pisau rembo di tangan Tan Sri Yahya. Tan Sri Yahya hanya tergelak sinis.

***

"JANGAN!! Ahhh!!!"Ikmal menggelupur atas katil. Tangannya tergawang-gawang atas udara.

"Allahuakbar!!"Ikmal tersedar daripada mimpi ngerinya. Mimpi itu datang lagi!

Air mata yang mengalir dikesat perlahan. Dia ketakutan. Tidak lama kemudian, esakan kecil kedengaran.

Parut di pipi disentuh perlahan. Ya, parut itu. Tan Sri Yahya yang menoreh pipi kirinya tanpa rasa belas. Puas dia menjerit supaya tidak diperlakukan sebegitu. Tetapi lelaki itu tega sekali. Sehinggalah bunyi tembakan kedengaran. Tan Sri Yahya rebah ke tanah.

Ternyata, ada yang menyedari bahawa Ikmal diculik. Cikgu biologinya yang mengekori penculik yang menculik Ikmal dan dibawa ke sebuah gudang di sebuah kampung.

***

PAGI itu, Ikmal ke pejabat dengan rasa tak semangat. Wajahnya juga muram dan tidak bermaya. Insyirah yang satu lif dengan dia pun Ikmal tak sedar. Insyirah terkebil-kebil tengok langkah Ikmal yang macam orang mamai itu.

Insyirah ke mejanya dan meletakkan beg tangannya. Terus dia ke pantri untuk bancuh air buat Ikmal.

Insyirah mengetuk pintu dan terus masuk. Ikmal bagai berada di dunia sendiri saja. Langsung tidak terkesan dengan kehadiran Insyirah.

"Awak."panggil Insyirah tapi Ikmal hanya diam.

"Encik Ikmal."panggil Insyirah lagi. Dia melambai-lambaikan tangan depan muka Ikmal tapi Ikmal maaih tak bagi respon.

"Ikmal Farhain!!!"Insyirah menaikkan suara dan menepuk meja kerja Ikmal. Ikmal tersentak.

"Hmm. Ke... kenapa?"soal Ikmal sambil meraup wajahnya.

"Awak okey tak?"soal Insyirah prihatin.

"Aku... aku..."Ikmal tak tau nak jawab apa. Kalau jawab okey nampak sangat menipu. Aku tak okey!

"Kalau awak ada masalah, sharelah dengan saya."kata Insyirah.

"Ermm... aku...aku sebenarnya... semalam..."Ikmal berat mulut nak beritahu Insyirah.

"Kenapa?"

"Mimpi tu... datang lagi. Aku takut..."Ikmal menekup wajahnya. Dia tidak mahu ingat peristiwa 10 tahun lepas. Dia benci! Insyirah tak faham. Mimpi? Mimpi apa? Mimpi hantu kot, dia cakap dia takut tadi, bisik hati Insyirah.

"Kalau mimpi tu datang lagi, awak baca al-Quran. Insya allah awak akan dapat ketenangan."usul Insyirah. Ikmal hanya mengangguk. Dia akan cuba.

Tengah hari itu, kecoh satu pejabat bahawa bos besar turun padang. Insyirah tetap fokus dengan kerjanya.

"Abang, abang bawak Ikmal lunch tau. Saya nak date dengan bakal menantu saya. BERDUA."Tekan Datin Aima. Datuk Yusri angguk faham.

Datin Aima mendekati meja Insyirah. Suaminya sudah menghilang dala pejabat anaknya.

"Assalamualaikum."sapa Datin Aima pada Insyirah. Insyirah segera bangun dan tunduk hormat pada wanita anggun itu.

"Waalaikumussalam, auntie."Insyirah senyum manis. Huluran tangan Datin Aima disambut sopan.

"Lama tak jumpa. Jom teman auntie lunch."ajak Datin Aima. Insyirah terkejut. Tak jangka pula mama Ikmal ajak dia keluar lunch.

"Tapi Ikmal..."

"Jangan risau. Uncle ada teman dia lunch. Hari ni auntie nak date dengan Syirah."mesra sekali Datin Aima bersuara. Insyirah setuju. Terus dia mengemas meja dan tutup komputer.

***

TERBUNTANG mata Insyirah bila Datin Aima kata Ikmal pernah kena culik. Datin Aima ketawa kecil tengok wajah Insyirah. Kelakar dan comel.

"Cu... culik?!"Insyirah macam tak percaya. Jus tembikai segera di sedut rakus.

"Iya. Pak long dia sendiri yang culik. Sebab sakit hati uncle tak tolong dia selamatkan syarikat. Auntie masa tu macam nak putus nyawa aje. Mujur ada yang tertengok Ikmal kena pukul kat tepi jalan. Terus dia ikut penculik tu."

"Kesiannya. Lepas tu apa jadi?"Insyirah simpati pada Ikmal. Ada sisi gelap juga hidup mamat tu.

"Pak long Ikmal seksa Ikmal. Parut dekat pipi tu bekas kena toreh. Kalau Syirah perasan, dekat lengan pun ada banyak kesan kena toreh."cerita Datin Aima dengan suara sebak. Insyirah terkedu. Sampai macam tu sekali?

"Lepas kejadian tu, Ikmal yang periang tiba-tiba hilang. Ikmal kemurungan dah hampir gila. Setiap hari bayangan tu tak pernah keluar dari fikiran dia. Tiap-tiap malam meracau. Lepas tu, auntie dan uncle bawak dia jumpa pakar. Hampir lima tahun Ikmal dirawat barulah nampak sikit perubahan. Tu pun tak banyak. Dia selalu kurungkan diri dalam bilik. Kadang-kadang menangis macam budak kecil."

"Pak long pulak macam mana?"soal Insyirah.

"Mati. Kena tembak."jawab Datin Aima.

"Tapi dua bulan lepas, auntie nampak Ikmal dah banyak berubah. Senyum sorang-sorang. Tak berkurung dalam bilik macam selalu. Bila disiasat, rupanya ada puteri yang masuk dalam istana hati Ikmal."Datin Aima senyum. Insyirah kecewa bila dengar ayat terakhir Datin Aima.

Puteri mana pulak masuk dalam hati Ikmal ni? Beraninya masuk tanpa mintak izin aku, bisik hati Insyirah.

"Insyirah, auntie dengan rendah diri nak pinang kamu untuk anak auntie, Ikmal Farhain. Sudi tak?"Datin Aima menggenggam tangan Insyirah. Bekas baldu berwarna merah turut dikeluarkan. Insyirah terlopong. Dalam tak sedar, air matanya menitis tanpa dipinta. Terharu!

Nak angguk ke tak? Angguk ke tak? Ya Allah, bantulah aku. Jerit Insyirah. Dia tak mahu silap buat keputusan. Ini melibatkan masa depannya.

***

"AKU ingat nak buang parut ni."luah Ikmal. Insyirah yang sedang makan lolipop terus pandang Ikmal.

"No! Tak boleh! Saya tak setuju!!"bangkang Insyirah. Ikmal terkejut dengan reaksi gadis di sebelahnya.

"Kenapa pulak?"soal Ikmal pelik.

"Saya suka tengok awak macam ni. Lebih selamat kata orang. Nanti ada yang cuba ngurat awak!"jawab Insyirah. Ikmal rasa mahu gelak tapi dia tahan. Dia hanya tersengih.

"Sayang juga kau kat aku."itu pula yang Ikmal kata.

"Mana ada!"nafi Insyirah.

"Eleh... tak ngaku pulak. Ah! Aku tak kira. Nak buang jugak!"tekan Ikmal.

"Kalau awak buang parut tu jangan tanya kenapa saya tak tegur awak!"Insyirah jeling tajam. Ikmal masih lagi tersengih.

"Takutnya!!"ejek Ikmal.

"Berapa lama dah parut ni?"soal Insyirah ingin tahu. Datin Aima tak cerita pulak penculikan Ikmal tu berlaku masa Ikmal umur berapa.

"Sepuluh tahun."jawab Ikmal perlahan. Dia harus lawan rasa takut dan trauma itu! Pak long dah mati...

"Ohh..."Insyirah angguk. Lama jugak tu...

"Nak tau macam mana parut ni boleh ada?"soal Ikmal. Insyirah terus geleng kepala. Tidak mahu ganggu emosi lelaki kesayangannya.

"Tak apa. Auntie dah cerita."ujar Insyirah jujur. Ikmal lega. Dia pun tak ada kekuatan nak buka balik kisah hitam itu. Biarlah Insyirah tahu dari orang lain. Orang lain tu bukannya orang asing, mamanya sendiri.

"Betul tak nak aku buang parut ni?"soal Ikmal.

"Betullah. Tengok muka saya ni main-main ke?"Insyirah seriuskan mukanya.

"Muka buruk adalah..."kata Ikmal saja menyakitkan hati Insyirah.

"Biarlah. Sebab saya sedar diri saya ni buruklah saya tak benarkan awak buang parut tu. Nanti takdalah perempuan lain cuba tackle awak. Selamat saya."petah Insyirah menjawab. Ikmal ketap bibir. Spontan dia cubit pipi Insyirah.

"Sakitlah!"Insyirah tepis tangan besar Ikmal. Pipinya digosok-gosok.

Ikmal hanya tersenyum bahagia. Dia bahagia bila ada Insyirah di sisinya.

***

INSYIRAH henyakkan punggung atas kerusi. Pandangan ditebarkan ke seluruh tempat. Nampaknya dia seorang aje yang datang lebih awal ke tempat kerja.

Makin lama makin ramai staf yang memenuhi tempat masing-masing. Insyirah sabar menanti kehadiran Ikmal. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi tapi kelibat Ikmal masih tidak kelihatan.

"Mana Ikmal aku ni. Takkan tak datang kut."omel Insyirah. Seminggu selepas dia dilamar oleh Datin Aima, tidak putus-putus dia beristikharah. Dan dia sudah pun dapat jawapannya.

Telefon Insyirah berdering nyaring. Segera Insyirah menggodek beg tangannya. Nombor itu asing pada pandangannya. Dahlah panjang semacam aje. Insyirah terus jawab.

"Hello."

"Assalamualaikum."lembut suara pemanggil memberi salam. Insyirah ketap bibir. Ni apa main perli ni?!

"Aku ni, Ikmal."si pemanggil kenalkan diri.

"Ohh... eh! Kenapa awak tak datang office lagi? Dah pukul 10 tau!"

"Aku tak masuk office sampai hujung bulan ni. Aku sekarang ada kat UK."

"Hah?! Kenapa tak kasi tau awal-awal? Nasib baik takde appoiment penting hari ni. Awak ni... suka buat saya sakit jantung tau."bebel Insyirah sambil menarik diari hitam. Dia menulis sesuatu.

"Sorry."

"Bila awak pergi? Tak kasi tau saya pun. Awak dah sampai sana ke?"Insyirah kecil hati tapi tak tunjuk sangat.

"Sorry again. Semalam aku fly, baru sampai ni ha. Tu yang terus call."jawab Ikmal.

"Buat apa pergi sana? Lama pulak tu."

"Hmm. Ada la hal aku. Jangan sibuk. Okeylah. Aku nak check in hotel. Bye!"Ikmal terus matikan talian. Insyirah kegeraman.

"Heee... ada main letak macam tu. Geram aku!"Insyirah sudah berkerut-kerut muka. Sudahnya dia jelirkan lidah pada skrin telefon sendiri. Konon jelir lidah kat Ikmal la.

***

BARU tiga hari Ikmal tak masuk office, Insyirah macam mayat hidup aje. Tak semangat. Makan pun tak lalu...

Malamnya, Insyirah selesai solat Isyak. Terus dia rebahkan tubuh pada katil.

"Mana dia tak call ni... aku nak call nanti habis pulak kredit. Alahai..."Insyirah memeluk bantal golek.

Lagu Wonderpets berbunyi tanda panggilan masuk. Insyirah terus terlompat dari katil dan berlari menghampiri meja belajar. Dia tilik nama pemanggil. Senyuman melebar.

"Hello!" Insyirah jawab dengan teruja.

"Apa jerit-jerit ni... sakit telinga tau!"bebel Ikmal. Dia duduk di beranda hotel. Sejuk pula.

"Tiga hari tak call, kenapa?"soal Insyirah tak tangguh-tangguh.

"Rindu aku eh?"Ikmal senyum. Dia pun rindu.

"Awak buat apa pergi sana?"Insyirah buka topik lain. Malulah cakap rindu-rindu ni.

"Tekalah."

"Hmm..."Insyirah terfikir-fikir. Matanya terus membulat

"Awak jangan cakap awak pergi sana sebab nak buat treatment buang parut!!"Insyirah terkejut. Ikmal lagi berganda-ganda terkejut dengar kata-kata Insyirah. Mana ada! Nafi hati Ikmal. Malah dia tak fikir pun lepas Insyirah tak setuju. Tiba-tiba dia dapat idea nak usik Insyirah.

"Pandailah bakal isteri aku ni. A'ah, buat treatment buang parut. Sebab tu duduk lama kat sini."kata Ikmal.

"Kan saya tak benarkan! Kenapa degil!?"Insyirah mahu marah. Panas hatinya.

"I do this for our wedding, dear. Nanti taklah kau malu nak bersanding dengan aku."

"Tapi saya terima awak seadanya. Saya rasa awak lebih mengancam dengan parut tu. Biarlah orang lain nampak awak hodoh. Awak handsome di mata saya."kata Insyirah dengan suara tertahan.

"Kiranya setujulah kahwin dengan aku ni?"

"Malaslah cakap dengan awak! Saya nak tidur, bye."Insyirah terus matikan talian. Wajahnya memerah, dia sudah terlepas cakap!

***

INSYIRAH ralit menaip di komputer. Dia tidak sedar jam sudah menunjukkan waktu makan tengah hari sudah tiba. Suasana pejabat mula berubah sunyi.

Wonderpets... wonderpets kami datang...

telefon Insyirah berbunyi nyaring.

'Ikmal'

Sepantas kilat dia menyambut panggilan itu.

"Assalamualaikum."Insyirah beri salam dulu.

"Waalaikumussalam. Ada kat office ke?"soal Ikmal.

"Ha'ah. Kenapa?"

"Tak turun lunch ke?"

"Tak seleralah. Bila awak nak balik? Seronok sangat ke duduk sana? Eh, tengah hari kat sini maknanya kat sana malam. Awak tak tidur ke?"

"Pergi la makan. Tak payah risaukan aku. Memang seronok duk sini. Masa buat treatmentkan, sakit gila. Lepas nurse kulit putih rambut blonde kiss pipi aku, terus hilang rasa sakit."cerita Ikmal. Mata Insyirah sudah terbuntang.

"Apa ni, Ikmal? Sampai hati awak tau. Curang dengan saya..."suara Insyirah berubah sebak. Air mata mengalir tanpa dipinta. Ikmal di hujung talian sudah gelabah. Dia hanya mengusik saja. Treatment yang dia cakap selama ni tak pernah wujud pun.

"Eh... janganlah nangis. Aku gurau ajelah."pujuk Ikmal. Insyirah hanya diam. Hatinya sakit.

"Insyirah..."seru Ikmal lembut. Insyirah kesat air mata. Talian terus dimatikan. Ikmal selalu sakitkan hatinya. Menyampah!

Insyirah jatuhkan kepala atas meja. Air mata dikesat lagi. Manjanya kau ni, Syirah. Bisik hati dia sendiri.

"Please dont cry. I'm sorry, okay? I didnt mean to hurt you, dear."suara Ikmal kedengaran begitu hampir sekali. Insyirah makin kuat esakannya. Sudahlah dia rindu pada Ikmal, Ikmal pula suka main-mainkan dia.

"Insyirah Zulaikha."seru suara itu lagi.

"Suara Ikmal, janganlah kacau aku. Aku tengah sedih ni tau..."Insyirah teresak-esak lagi. Ikmal yang berdiri di depan meja Insyirah garu kepala. Alahai, dia ingat suara aku ni ilusi ke?

"Stop crying. It's hurting me."kata Ikmal lagi. Insyirah yakin itu bukan ilusinya. Terus dia panggung kepala.

"Ikmal..."

"I'm here."Ikmal senyum kacak. Insyirah berkerut dahi. Parut tu ade je. Eh, bukan dia balik lusa ke?

"Terkejut eh?"

"Awak cakap..."

"Saya tipu ajelah. Tak buat treatment pun."

"Habis tu..."

"Jom kita gi makan. Nanti aku cerita."potong Ikmal lagi.

"Tapi..."

"For you."Ikmal hulur tiga kuntum bunga ros merah pada Insyirah. Insyirah ketap bibir. Geram bila cakapnya asyik dipotong oleh mamat kaki penipu macam Ikmal. Tapi bunga yang dihulur tetap disambut. Sweet pulak Ikmal ni.

"Jom."mereka terus beriringan ke lif.

***

INSYIRAH macam orang bodoh dengar cerita Ikmal. Pergi UK bukan buat treatment tapi ada masalah dengan syarikat di sana dan memaksa Ikmal menyelesaikan masalah di UK. Insyirah terasa diperbodohkan aje.

"Jangan tegur saya dua hari."kata Insyirah dingin. Ikmal berwajah selamba.

"Ala... dua hari je."Ikmal sumbat chicken chop dalam mulut.

Insyirah diam. Ikmal mula rasakan kedinginan Insyirah.

"Sorry."ucap Ikmal.

Insyirah sumbat isi ayam dalam mulut besar-besar. Protes yang dia tak nak cakap dengan Ikmal.

"Minggu depan kita kahwin eh?"ajak Ikmal. Dia sengih bila Insyirah pandang wajahnya.

"Serius ke?"soal Insyirah pula sambil tersengih-sengih. Gembira. Yalah, lelaki pujaan ajak kahwin.

"Seriuslah."jawab Ikmal pula.

"Saya on je."

"Yes!! Nanti aku bagi tau mama."hati Ikmal melonjak gembira bila Insyirah setuju. Rasa macam nak menari-nari aje~~

***

"BABY, jangan main jauh-jauh."laung Ikmal pada anaknya. Mereka sedang melepak di taman permainan.

Insyirah duduk di sisi suaminya dengan dua ais krim di tangan. Anak tunggal mereka, Danisha menghampiri mama dan papanya dengan wajah masam mencuka. kanak-kanak berusia 8 tahun itu berkerut-kerut muka. Huluran ais krim mamanya tetap bersambut.

"Masamnya muka sayang mama ni. Kenapa Isha?"soal Insyirah sambil memangku anaknya.

"Papa tulah. Dah berapa kali Isha pesan jangan panggil baby tapi degil. Kawan-kawan Isha semua ejek Isha tau."Danisha terus cubit lengan sasa papanya. Ikmal garu kepala dengan sengihan.

"Awak ni,anak tak suka tetap panggil macam tu."tegur Insyirah sambil tahan ketawa. Ikmal membulatkan matanya. Isterinya dah tak sayangkan dia. Ikmal mencebik.

"Sampai hati awak, sayang. Mentang dah ada anak, awak tak sayang saya dah."Ikmal merajuk. Insyirah sengih tengok gelagat suaminya.

"Alamak, sayang! Papa dah merajuklah."Insyirah adu kat anak dia. Danisha jilat ais krim.Lepas tu terus dia turun dari riba mamanya dan berdiri depan papanya.

"Papa, papa jangan merajuk. Nanti cepat tua."pujuk Danisha petah. Dengan mulut yang comot, dia terus cium pipi kanan Ikmal. Ikmal terus kesat pipinya yang terasa melekit.

"Isha dah pujuk papa, sekarang turn mama pulak. Cepatlah mama..."gesa Isha. Insyirah senyum lawa. Dia merapatkan kedudukannya dengan suaminya.

"Suami saya janganlah merajuk."dia usap lengan suaminya. Ikmal menarik lengannya. Geli bila Insyirah buat begitu.

"Ikmal..."dia usik-usik pula telinga Ikmal dengan jari.

"Tak aci!!"Ikmal terus bersuara. Dia menggeliat geli sambil gosok telinga. Insyirah ketawa mengekek. Bukan payah pun nak suruh Ikmal bercakap dengannya.

"Tak aci betul. Malam ni siap awak, sayang."Ikmal senyum nakal. Insyirah sudah teguk liur kesat. Tapi dia tetap senyum

Insyirah Zulaikha bahagia memiliki Ikmal Farhain sebagai suami. Walaupun kadang-kadang usikan suaminya menyakitkan hati, itulah antara perencah yang merancakkan lagi hubungan mereka suami isteri.

Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan rumah tangga kami, doa Insyirah dalam hati.

Sesungguhnya dialah heroku.

-Tamat-

0105
03062016

Aku tak tau aku cerita apa ni. Mengarut mengaban. Ingat senang ke nak buat cerita? Erm erm erm :p

Ulasan

Catat Ulasan