Cerpen : Akan Kutunggu.

Salam!

Haaa tada!!

Cerita baru siap dibuat, diedit dan dibetulkan segala kesalahan ejaan. Hihihi.

Jujur cakap, ceritanya cliche dan macam biasa, konfliknya ringan aje.

Selamat membaca! Kalau tak sedap, jangan kecam ok. Aku tau aku takde bakat dalam penulisan.

DiLARANG sekeras-kerasnya mengkopi, mengeteh, dan memilokan karya ini. Harap maklum.

 ̄︿ ̄

"QIL, kakak kau dah habis belajar ke belum?"soal lelaki itu pada sahabatnya. Aqil kerling sekilas.

"Pahal tanya pasal kakak aku tetiba ni?"soal Aqil dengan nada kurang senang. Lelaki itu tersengih.

"Payah sangat ke soalan aku tadi?"soalan Aqil dijawab dengan soalan. Aqil menyedut air limau nipis perlahan-lahan.

"Mama cakap minggu depan kakak aku balik."balas Aqil, menjawab soalan yang ditanya awal tadi.

"Ohh... kau jemput dia ke?"soal Aidan tanpa selindung.

"Tak. Aku outstation minggu depan. Dua minggu la aku tercampak kat Brunei nanti."ujar Aqil.

"Ok. Mama ngan papa kau la jemput kakak kau?"soal Aidan lagi.

"Tulah yang aku pikir ni. Lusa mama ngan papa aku pergi umrah. Lepas umrah dorang nak pergi Paris pulak.

"Sebulan gak takde kat Malaysia. Rasanya kakak aku balik dengan limo aje kut."balas Aqil panjang.

"Em... em... ka... kalau aku jemput kakak kau, macam mana?"soal Aidan teragak-agak. Aqil sudah mengerutkan wajahnya.

"Apesal pulak?"soal Aqil.

"Aku nak tolong ni. Boleh tak aku jemput?"

"Kau... suka Amna eh?"soal Aqil selamba.

"Kalau aku jawab ya, boleh jadi abang ipar kau eh?"soal Aidan dengan muka tak malu. Aqil ketawa besar. Cafe yang lengang itu penuh dengan tawa Aqil saja. Cashier pun pandang semacam.

"Dan, betul ke kau ni? Kakak aku tu tunggul kayu, tau tak? Dia tak reti nak layan lelaki. Kalau kau sanggup hidup dengan kakak aku, aku tak kisah."balas Aqil dengan sisa tawanya.

"Aku sanggup, bro! Lagi pun, aku dah lama minat dia. Dari sekolah menengah lagi."jujur Aidan.

"Ha? Biar betul kau? Dari sekolah menengah?"Aqil agak terkejut.

"Haa lah. Qil, kakak kau tu ada rupa, ada otak, lelaki mana tak minat? Walaupun dia tu dingin, ada je yang minat dia."bersungguh Aidan bercerita.

"Mana kau tau?"soal Aqil pula. Seakan-akan tak percaya, tapi tak mustahil juga.

Kakaknya itu agak popular dalam kalangan pelajar lelaki tak kira senior mahupun junior.

Kakaknya juga popular kerana bijak dan aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum. Biarpun kakaknya pendiam dan dingin, dia disenangi ramai.

"Aku tahulah. Ramai yang ingat aku ni adik kakak kau tu. Siap dapat surat layang lagi. Surat tu aku ambik tapi terus jadi makanan tong sampah."Aidan bercerita lagi.

"Asal kau tak cerita kat aku pun?"soal Aqil lagi.

"Nanti kau serang pulak budak yang bagi surat layang tu... terbongkar lak rahsia yang kau tu adik kepada Amna Najihah. So,aku diamkan aje. Better orang anggap aku ni adik Amna."balas Aidan selamba.

"So, boleh la ek aku jemput kakak kau?"soal Aidan sambil tersengih.

"Ok. Tapi mintak izin dengan papa dan mama aku dulu."

"Kau cakaplah kat dorang."balas Aidan. Wajahnya cuak saja.

"Ah, takde! Kau cakap sendiri. Pukul berapa flight kakak aku sampai, hari apa, tarikhnya bila, kau tanya sendiri, ok?"Aqil membalas sambil tersenyum senget.

"Alaaa, Aqil..."Aidan sudah merengek seperti budak.

"Malas layan kau. Dah nak pukul 10 dah ni, aku balik dulu. Jumpa lunch esok!"Aqil terus berdiri dan meninggalkan Aidan yang termangu sendiri. Aidan melepaskan keluhan berat.

•°•°•°•°•°

AMNA keluar daripada balai berlepas. Suasana sesak KLIA menyebabkannya ingin cepat keluar dari situ. Amna menatap skrin telefonnya.

Tertera gambar Aidan pada skrin Iphone miliknya. Hatinya tidak habis memarahi Aqil kerana pandai-pandai suruh orang asing jemputnya di KLIA.

Kalau dia mahu balik sekarang, boleh sangat tapi macam mana kalau lelaki yang ada di skrin telefonnya itu menunggunya? Dia akan lebih rasa bersalah kalau terus pergi begitu saja. Orang dah buat baik, hargai sajalah.

Mata Amna meliar lagi. Tiba-tiba dia terpandang signboard yang diangkat tinggi oleh seseorang. Pada signboard itu tertulis ; -

'Amna Najihah Dato' Nizam
Aidan Haziq's here'

Amna pantas menolak trolinya ke arah itu. Nasib baik Aqil beritahu nama kawannya.

"Hai."Aidan menegur. Signboard diturunkan apabila wajah Amna muncul disebalik orang ramai.

"Hai."balas Amna. Dia senyum simpul. Aidan pantas mengambil alih tempat Amna menolak troli berisi bagasi.

"Er, sorrylah akak menyusahkan awak, ya? Aqil cakap dia yang suruh awak jemput akak."Amna bersuara apabila suasana dalam kereta sunyi.

Aidan yang sedang memandu segera menahan stereng untuk stabilkan kereta. Nasib baik tak terbabas ke tengah jalan. Dahlah jalan raya tengah sesak. Terkejut beruk dengan panggilan yang digunakan oleh Amna. Akak? Awak? OMG!

"Err, ta... takpe. Saya tak kisah pun."jawab Aidan gugup. Suasana kembali senyap.

"Awak habiskan master, ya?"soalan Aidan menghalau kesunyian yang tercipta.

"Ya."jawab Amna ringkas. Suasana kembali senyap. Aidan pun tak tau nak cakap apa.

"Awak kisah tak kalau kita berhenti lunch dulu?"soal Aidan lagi. Amna statik pandang depan.

"Ok. Tak kisah."jawab Amna lagi. Ringkas dan padat. Aidan terus cari restoran untuk menjamu selera.

•°•°•°•°•°

AQIL ketawa terbahak-bahak apabila Aidan menelefonnya tentang kejadian tengah hari tadi.

"Awal-awal dia dah letak gap, Aidan. Berakak siap dengan kau. Aduh, kelakar ok."Aqil ketawa lagi dihujung talian. Aidan menarik muka 18.

"Kau ni, janganlah ketawa! Tak lawak pun. Anyway, aku tak kira, aku tetap nak pikat kakak kau yang lawa tu. So, kau kena tolong aku ok."balas Aidan. Semangatnya tak luntur walaupun digelakkan oleh The Sengal Aqil.

"Eheh. Tolong sangat. Akak aku tu tak layanlah umur bawah macam kita ni. Dia layan macam adik-adik je. Kuburkan saja niat kau tu."nasihat Aqil. Dia kenal sangat dengan kakaknya itu.

"Kalau kau tolong aku, mini cooper kuning kau punya. Tu pun kalau kakak kau terpikatlah kat aku. Amacam?"soal Aidan, cuba berkompromi.

"Betul? Ok, deal."mudah saja jawapan Aqil bila mini cooper kuning milik Aidan dijadikan ganjaran sekiranya dia menolong Aidan.

°•°•°•°•°•

"ESOK akak nak masuk ofis."kata Amna pada Aqil. Mereka sedang menjamu hidangan makan malam di ruang makan.

"Serius? Baru dua minggu kut akak balik, takkan nak masuk kerja dah? Rehat la dulu akak, Aqil boleh handle company tu."kata Aqil lembut.

"Akak bosan duk rumah. Akak dah kasi tau papa. Dia cakap ok."Amna meneguk air sirap bandung kegemarannya.

"Kalau big boss dah cakap macam tu, Aqil ok je."balas Aqil senang. Dia pun gembira kalau kakaknya masuk ofis. Senang nak jalankan rancangannya dengan Aidan.

Mereka berbalas senyuman.

°•°•°•°•°•

"ASSALAMUALAIKUM, semua. Saya mintak maaf sebab buat mesyuarat tergempar pagi ni.

"In case, tak ambil masa yang lama pun. Saya cuma nak kenalkan kakak saya, Amna Najihah yang akan pegang jawatan pengurus projek untuk department kita."Aqil memperkenalkan kakaknya kepada staf staf departmentnya.

"Kakak ada nak cakap apa-apa?"soal Aqil. Amna mengangguk sebelum berdiri. Aqil terus bersandar pada kerusinya.

"Assalamualaikum. Saya harap tuan-tuan dan puan-puan dapat bagi kerjasama yang baik, ya. Saya masih lagi merangkak dalam bidang ni but I'll try my best!

"Prinsip kerja saya mudah, cepat, ringkas dan padat. So, saya harap takde apa-apa masalah dalam segala projek yang akan kita kendalikan, terima kasih."Amna mengakhiri bait-baitnya dengan seulas senyuman.

"Ok. Semua boleh bersurai."semua staf mula bangun dan keluar untuk memulakan kerja. Staf perempuan sempat bersalaman dan berkenalan dengan anak sulung majikan mereka.

"So, how?"soal Aqil sewaktu mereka beriringan keluar dari bilik mesyuarat.

"Apa?"soal Amna tak faham.

"Staf kitalah."

"Oh. Akak rasa dorang ok kut. Mesra, peramah."balas Amna ringkas.

"So, you have to learn something from them. How to be friendly, maybe?"Aqil tersenyum penuh makna.

"Why should I be someone who is not me? Hm? Come on, Aqil Nazim. You know me better."balas Amna dengan suara tanpa nada.

"Kak, Aqil tak suruh akak jadi orang lain tapi ubah diri untuk kenal dunia. Sampai bila akak nak duduk dunia sendiri? Sometime, kita kena duduk kat dunia orang lain, kak. Baru kita akan lebih menghargai."

"Ok, masa untuk kerja."Amna terus menolak pintu pejabatnya. Aqil hanya menggeleng perlahan dengan respons kakaknya.

"Macam manalah nak ubah kakak aku ni..."rungut Aqil sebelum menuju ke pejabatnya.

•°•°•°•°•°

"AKAK, jom lunch."ajak Aqil. Suaranya jelas di interkom.

"Ok."balas Amna ringkas. Mejanya segera dikemaskan. Handbag Prada miliknya dicapai sebelum berdiri. Langkah diatur keluar. Kelibat Aqil sudah pun berada di hadapannya.

"Jom!"ajak Aqil sambil tersenyum. Mereka beriringan ke lif. Lengan adiknya dipaut erat.

"Akak nak makan apa?"soal Aqil semasa dalam lif.

"Tak tahu. Aqil?"soal Amna pula.

"Aqil rasa Aqil nak makan nasi ayam berempahlah, kak. Lama tak makan."jawab Aqil.

"Ok jugak."balas Amna bersetuju.

"Biasanya Aqil lunch dengan Aidan. Akak tak kisah,kan?"soal Aqil sambil mengerling riak Amna.

"Akak tak kisah."jawab Amna tenang. Lengan Aqil dipaut erat sebaik saja pintu lif terbuka.

"Sorry lambat bro!"ucap Aqil sewaktu sampai di meja yang diduduki oleh Aidan.

"Takpalah. Aku faham pejabat kau jauh dari sini. Aku dah order pun. Nanti sampailah."maklum Aidan. Dia mengerling pada gadis di sisi kanannya. Aqil tersengih dengan tindakan Aidan.

"Malam ni kita hang out ok. Aku nak tengok wayanglah. Cerita baru ada"kata Aidan pada Aqil.

"Hisy, tu pun nak aku teman ke? Cepat-cepatlah cari awek, Dan. Senang sikit. Tak payah susah-susah aku teman kau."balas Aqil. Baru Aidan mahu menjawab, makanan dah sampai.

"Alah, macam ni ke sahabat dunia akhirat? Dia pun takde awek, sibuk ajar kita pulak."Aidan tak puas hati. Wajah Aqil direnung tajam. Amna hanya mendengar sambil menikmati nasi ayamnya.

"Aku cakap aje. Yalah, malam nanti, ya? Aku pun takde apa nak buat. Akak nak ikut tak?"soal Aqil pada Amna. Amna mengangkat wajah.

"Tak nak."jawab Amna selamba. Aidan sempat mengeluh. Kalau Amna ikut lagi best.

"I think you should join us, kak. Mak takde kat rumah, kan? Dia balik kampung. Aqil risau akak sorang kat rumah."kata Aqil.

"Aqil..."seru Amna. Dia pandang adik yang bertentangan dengannya.

"I already gave you my answer. So, no means no."kata Amna agak serius. Aqil mengeluh.

"Akak..."gumam Aqil rendah. Aidan agak terkejut dengan reaksi Amna. Dari tenang ke serius.

"Takpalah, Aqil. Aku ajak orang lain aje."Aidan mengalah. Dia memandang Aqil.

"Akak spoiler."kata Aqil rendah. Dia sudah meletakkan sudu dalam pinggannya.

"Suit yourself, then."kata Amna. Dia tetap memakan hidangannya.

"You never spend time with me."kata Aqil lagi.

"Habis tu kakak tengah buat apa ni? Buang masa?"soal Amna serius. Tajam matanya menikam wajah Aqil. Aidan bagaikan tidak wujud di situ.

"What I mean is, you never want to hang out with me. Not even one time, we go out together after you came back from Japan."

"Ok, fine."kata Amna tegang. Wajahnya mula memerah. Amna cuba tenangkan dirinya. Jangan marah, Amna. Things get worst if you do so, pujuk hatinya. Wajah Amna mula tenang.

°•°•°•°•°•

AQIL duduk di ruang tamu sementara menunggu Amna bersiap.

"Awak jangan buat tak faham, Rayyan! Saya taknak awak kacau saya lagi!"suara Amna menengking kuat di tangga akhir.

"Just go to hell."kata Amna perlahan. Aqil agak terkejut mendengar jeritan Amna tadi.

Bulat mata Aqil bila tidak semena-mena Amna membaling Iphonenya ke dinding. Pecah berderai peranti itu.

"Kak!"terjerit Aqil dibuatnya. Dia menghampiri Amna yang masih berdiri dengan wajah yang tenang.

"Sorry. Jomlah. Nanti lambat. Wayang start pukul 8.30 kan?"Amna memandang wajah Aqil sambil senyum nipis.

Tiba-tiba Aqil rasa seram semacam dengan tingkah kakaknya.

"Err... ok, jom."Aqil kalut melangkah keluar dari rumah. Amna menarik nafas dalam sebelum dihembus kuat.

"Sape call kakak tadi?"soal Aqil. Pemanduannya tenang saja.

"Tak penting pun."balas Amna.

"Akak..."Aqil meleretkan suaranya. Amna menjeling sekilas sebelum menjawab.

"He is Rayyan."jawab Amna ringkas.

"And who is Rayyan?"soal Aqil lagi.

"He is my ex-boyfriend."balas Amna.

"Really? Then why were you... just now... well, I mean I didnt recognize you. That wasnt you..."susah betul Aqil ingin mengucapkannya.

"That is who am I. So, jangan buat akak marah."Amna tersenyum.

"Janganlah buat orang takut. Ish, so apa yang ex akak nak? Sampai baling phone bagai."

"Get back. But I am refused. Dia siap ugut nak masuk meminang akak. Kalau tak dapat, dia buat cara kotor."balas Amna seringkas mungkin.

"Wait, macam mana akak kenal dia?"

"Same university. Tapi course lain. Dia guaman."

"I see, and?"

"We met. Falling in love. Cheating. End."

"Akak!"

"Yalah. Kami jumpa secara kebetulan. Lepas tu dia pikat akak. Dia bersungguh sangat, sweet, romantic. Akak jatuh cinta. We knew each other. Then, akak dapat tau dia curang. Kantoi dia main dengan minah Jepun. Putus dan tamat."balas Amna malas.

"Dan dia contact akak untuk balik semula?"

"Ha la."balas Amna.

"Takde peluang kedua?"soal Aqil.

"Dia buat kerja bodoh tu tak pikir dua kali, Qil. Untuk apa peluang kedua?"soal Amna sinis. Aqil teguk liur.

"Everyone deserves it, kak."nasihat Aqil.

"So, Aqil nak ya dia jadi suami akak? Dan sanggup kakak awak ni bermadu? Jadi isteri kedua? Hah! That is funny, Aqil."Amna menggeleng sambil ketawa sinis. Ketawa yang menyakitkan telinga!

"Err..."Aqil tak tahu nak jawab apa.

"Aqil, betul. Memang betul semua layak dapat peluang kedua. Tapi, it depends on the situation."kata Amna, menegakkan apa yang dirasai. Aqil terus mendiamkan diri. Hatinya mengiakan kata-kata kakaknya.

•°•°•°•°•°

AIDAN memandang wajah Amna dihadapannya. Amna angkat kening.

"Kenapa pandang akak macam tu?"soal Amna. Nasi kukus disuap ke mulutnya. Aidan segera mengalihkan pandangan dan menyedut fresh orangenya.

"Err... tak ada apa. Terima kasih sudi lunch dengan saya."Aidan hulur senyum manis.

"Sama-sama."balas Amna. Dia lunch dengan Aidan pun sebab Aqil paksa. Kalau tak, taknak kasi pinjam duit beli telefon baru. Nak pinjam dengan papanya, tapi Aqil sibuk masuk campur.

Nak tunggu gaji senak juga. Dia baru masuk tiga minggu bekerja.

"Awak dah ad..."baru saja Aidan mahu melontar soalan, tiba-tiba ada suara memotong dari belakangnya.

"Amna my baby..."suara lelaki itu menyapa gegendang telinga Amna dan Aidan.

"No wonderlah you tolak I, sayang. Dah jumpa yang baru..."Rayyan duduk dikerusi dengan selamba. Dia merenung tajam wajah Aidan.

"Jangan biadap!"tegas Amna. Rayyan tak peduli.

"I am Rayyan. And you?"tangan dihulur pada Aidan.

"Saya Aidan."jawab Aidan sambil menyambut tangan Rayyan. Wajahnya nampak tak suka. Lebih-lebih lagi lelaki itu panggil Amna 'sayang'.

"Nampak mudalah you ni, umur berapa?"soal Rayyan mesra. Aidan senyum tak ikhlas.

"I am 27."jawab Aidan.

"Muda dari youlah, sayang. Tukar taste ke?"soal Rayyan pada Amna. Wajah Amna berubah tegang. Nafas ditarik. Dia beristighfar dalam hati.

"Ya, saya dah tukar taste. Tak mainlah lelaki tua dari saya, suami orang pulak tu. Kan Aidan?"soal Amna sambil tersenyum manis pada Aidan. Terpaku Aidan melihatnya. Wajah Rayyan berubah disindir oleh Amna.

Aidan bagaikan faham situasi itu membalas.

"Saya tak kisah pun Amna tua dari saya. Tua setahun aje, tak jadi masalah pun."

"Amna, I dah bercerai dengan Natsuo. Dia dah kembali ke agama asal dia. I nak you, sayang. Terimalah I balik."rayu Rayyan. Hatinya diselubungi rasa takut dengan kehadiran Aidan.

"You know me better, Ray. No means no."balas Amna perlahan.

"Amna..."

"Stop it, Rayyan! Jom Aidan."Amna terus berdiri. Malas dia mahu melayan Rayyan. Aidan turut ikut langkah Amna. Sempat dia beri amaran pada lelaki yang merayu Amna itu.

"Stay away from her!"

°•°•°•°•°

"AWAK ok?"soal Aidan. Kecut perutnya melihat Amna yang serius. Sumpah dia menyesal sebab naik kereta Amna. Tapi dia lagi akan menyesal bila biarkan Amna begitu saja. Keretanya ditinggalkan di restoran tadi. Jarum meter rapat pada angka 120km/j.

"Amna! Jangan macam ni, awak. Ingat Allah. Istighfar banyak-banyak. Jangan ikut sangat nafsu awak tu..."menggigil tubuh Aidan apabila kereta itu meluncur laju di selekoh tajam.

Streeeet!!

Bunyi tayar bingit apabila bergeser dengan jalan tar. Amna berhenti di bahu jalan. Nafasnya turun naik dengan laju. Wajahnya agak tegang.

"Istighfar...Ingat Allah..."Aidan cuba tenangkan Amna. Amna kerling sekilas. Tak lama kemudian dia ketawa perlahan. Aidan kepelikan tapi dia senang dengan ketawa itu. Damai. Jarang diperdengarkan.

"Tengok muka awak kat cermin."kata Amna. Aidan terus menarik cermin pandang belakang ke arahnya. Pucat! Wajahnya pucat!

"You looked pale. Takut eh? Akak mintak maaf ok. Tapi tulah, sape suruh naik kereta akak."Amna menggeleng.

"Awak ni main-mainlah pulak. Saya risaulah awak sorang-sorang. Saya tau awak tengah marah. Aqil cakap jangan biarkan awak sendiri time marah."kata Aidan.

"Ya? Dia cakap kat awak eh pasal akak baling phone kat dinding?"soal Amna dengan wajah tak bersalah.

"A ah. Satu lagi saya tau sebab awak rela hati keluar lunch dengan saya."kata Aidan sambil tersengih-sengih. Amna ketap bibir. Dia bersandar pada kusyen.

"Tak boleh simpan rahsia langsung."gumam Amna. Dia memulakan pemanduan, kali ini lebih tenang.

"Awak dah tak marah?"soal Aidan perlahan.

"Tak. Jangan risau. Akak hantar awak ke restoran tadi ok. Ambik kereta."kata Amna. Aidan angguk setuju. Bibirnya tersenyum senang.

°•°•°•°•°•

"CIK Am, ada orang nak jumpa."suara setiausahanya kedengaran melalui interkom.

"Sape?"soal Amna. Matanya masih fokus pada laptop.

"Encik Rayyan Alimin."kata Fiza.

"Suruh dia berambus."Amna terus menekan butang interkom. Malas layan.

Tiba-tiba pintu pejabatnya dirempuh kasar.

"Maaf cik, saya..."Fiza serba salah. Amna pandang sekilas sebelum fokus kembali pada laptop.

"It is ok, Fiza. Awak boleh keluar."kata Amna. Fiza terus keluar dan menutup pintu. Rayyan senyum sambil merapati meja kerja Amna. Dia duduk tanpa dipelawa.

Amna buat macam dia seorang dalam pejabat itu. Rayyan ketap bibir geram. Amna memang degil!

"Sampai bila nak ignore I ni, sayang?"soal Rayyan lembut. Dia merenung wajah cantik itu.

Kenapalah dia buat tindakan bodoh sampai hubungan mereka terputus?!

"Sayang..."panggil Rayyan lagi. Amna merengus kasar.

"Awak nak apa lagi, Rayyan?"soal Amna serius.

"I want you, baby. I really, really sorry for what I have done. Tolonglah terima I. I love you..."Rayyan separuh merayu. Wajah sedih ditayangkan.

"You ni dah habis kerja ke? Sampai jadi perayu perempuan, tak malu ke terhegeh-hegeh?"soal Amna keras.

"Untuk you I tak malu, sayang. I sanggup buat apa saja."

"Ok. Leave now. Saya taknak tengok muka awak."balas Amna tak berperasaan. Rayuan Rayyan tak berbekas langsung dihatinya.

"Sayang, kita lunch sama jom."Rayyan alih topik.

"Saya tak pernah jumpa peguam macam awak ni! Tak faham ke?!"Amna separuh menjerit. Wajahnya memerah. Rayyan tak peduli.

"I nak lunch dengan you! I nak ada masa dengan you!"Rayyan pula bersuara tegas.

"Saya dah janji dengan orang lain."Amna menutup laptopnya kasar. Dia pandang Rayyan dengan pandangan tajam.

"It is ok. I still want to have a lunch with you."Rayyan bertegas.

"Suit yourself, then."kata Amna. Malas mahu berdebat. Lagipun di boleh buat Rayyan ni macam tak wujud. Itu kepakarannya.

'Aqil tunggu bawah' - Aqil

SMS daripada Aqil dibaca sekilas. Amna segera berkemas dan bangkit untuk keluar. Rayyan terus bangun dan ikut Amna.

"Fiza, saya tak masuk ofis dah lepas ni. Appoiments batal. Thanks."Amna terus berlalu tanpa sempat Fiza bertanya apa-apa. Rayyan gigih ikut Amna.

"Who is this?"soal Aqil bila kakaknya keluar dari lif dengan seorang lelaki.

"Entahlah. Jom."Amna peluk lengan Aqil dan terus mengheret Aqil supaya berlalu dari lobi.

Rayyan memasamkan wajah dan ikut dari belakang.

"Kau sape?"soal Aqil pada lelaki itu.

"Rayyan."jawab Rayyan.

"Oh, ex kakak? Why are you keep following us?"soal Aqil tak puas hati.

"I want to have a lunch with her."kata Rayyan. Aqil terus pandang kakaknya. Kening diangkat.

"Takpe, buat macam tak wujud."kata Amna ringkas.

"Right, harini kakak nak makan apa?"soal Aqil sambil menuju ke kereta. Rayyan juga menghampiri keretanya.

"Rasa nak makan McD la."jawab Amna.

"Ok. Tapi Rayyan tu..."

"Biarlah dia. Akak penat ulang benda sama."potong Amna. Aqil angkat bahu sebelum undur kereta.

•°•°•°•°•°

"AKU rasa baik kau ambik langkah drastik la, bro."kata Aqil. Aidan mengelap peluh yang keluar. Dia tekan butang stop pada treadmill.

"Maksud kau?"soal Aidan tak faham.

"Ex kakak aku, dia kacau kakakla. Aku bimbang kakak berubah hati, Rayyan tu first love dia. Tak mustahil kakak aku akan terima dia."

"Yeke? Alaa, macam mana ni, Qil?"soal Aidan risau.

"Kau cakaplah kau suka dia."balas Aqil selamba.

"Gila ke? Dibuatnya dia jauhkan diri dari aku macam mana?"soal Aidan keras.

"Meranalah kau..."usik Aqil tergelak kecil.

"Monyet betul!"Aidan tumbuk bahu Aqil.

"Wei! Tak baik monyetkan bakal adik ipar. Aku tak terima nanti..."Aqil masih mengusik.

"Alaa...janganlah macam tu, adik."Aidan tayang muka kesian.

"Eee... gelilah! Pelik pulakkan abang ipar sama umur?"soal Aqil tiba-tiba.

"Tak kira, aku tetap nak Amna."Aidan berlalu dari pusat gym itu.

•°•°•°•°•°

"RAYYAN! Lepaslah! Awak dah gila ke?!"Amna meronta-ronta minta dilepaskan. Rayyan peluk erat tubuh itu lalu diheretnya tubuh itu untuk masuk ke dalam rumahnya.

"Rayyan!!"Amna menjerit lagi.

"Diamlah!!"tengking Rayyan keras.

"Tolong!! Tolong!!"air mata mengalir deras. Tanpa berfikir panjang, Amna menyiku perut Rayyan. Spontan, pelukan Rayyan terlerai. Senak perutnya.

Amna terus menghunus lututnya ke celah kangkang Rayyan dengan kuat. Mandul lagi baik! Rayyan terlutut atas jalan menahan sakit dan senak.

"Amna!!"jerit Rayyan. Amna sudah melarikan diri. Air matanya mengalir bagai paip yang pecah. Dia ketakutan.

Aidan yang asyik memandu terus menekan brek secara mengejut apabila seorang perempuan tiba-tiba berlari ke tengah jalan. Dahlah jalan sunyi malam-malam begini. Seriau pula Aidan dibuatnya.

"Encik! Tolong saya, encik!"Amna mengetuk-ngetuk cermin tempat pemandu. Masih tak tahu itu adalah Aidan.

"Amna!"Aidan terus keluar dari kereta. Amna terus peluk tubuh tinggi Aidan. Aidan terkedu tapi dia dapat rasakan tubuh itu menggigil.

"Amna, kenapa ni? Macam mana boleh ada kat kawasan ni?"soal Aidan. Pelukan dileraikan tapi Amna tak lepaskan. Makin kuat esakannya.

"Tad...tadi Ray...Rayyan. Dia...cu...culik saya. Ta...takut..."Amna tersekat-sekat meluahkan bicara.

"Culik?!"terus menyirap darah Aidan. Tiba-tiba kawasan mereka menjadi cerah dengan lampu suluh.

•°•°•°•°•°

"NO!"bangkang Aidan keras. Suasana pejabat agama menjadi sunyi seketika.

"Aidan, akak aku dah setuju, apa masalahnya sekarang? Lagi pun kau sayang kakak,kan?"ujar Aqil geram.

"Ya, tapi aku taknak menikah dengan cara macam ni, Aqil! Kau tak faham ke?!"jerkah Aidan kuat. Amna tersentak. Aidan sayang dia?

Puan Sri Sutina menenangkan anak perempuannya.

"Tenang, encik. Bawa bersabar."pegawai agama itu menenangkan Aidan. Aidan terus beristighfar.

"Mama dan papa setuju ke Aidan kawin dengan cara macam ni?"soal Aidan pada Dato Amran dan Datin Arin.

"Cara ni aje dapat selamatkan maruah keluarga kita, keluarga Aqil. Papa tak kisah, kan mama?"soal Dato Amran sekali gus berikan persetujuan. Aidan senyum.

"Uncle, auntie, Aidan mintak maaf, ya? Semua ni hanya salah faham. Aidan harap semua percayakan cerita Amna tadi.

"Aidan memang tak jangka benda ni akan jadi."ujar Aidan agak sebak. Tak sangka dia akan menikahi Amna dengan cara ini. Tak pernah terlintas pun dalam fikirannya.

"Tak apa, Aidan. Benda dah jadi."Puan Sri Sutina melemparkan senyuman pada Aidan. Aidan membalas seadanya.

"Aidan nak cakap dengan Amna kejap."kata Aidan. Dia terus keluar dari bilik itu. Amna pandang mamanya.

"Pergilah. Buat keputusan yang tepat ok."sisa air mata Amna dikesat dengan jari. Datin Sutina menepuk bahu anaknya.

"Jangan buat keputusan melulu, Amna. Fikir rasional, ini melibatkan masa depan Amna."nasihat Dato' Nizam pula.

"Thanks, pa."ucap Amna dengan suara serak. Aqil peluk bahu kakaknya.

"He loves you. Buat keputusan tepat ok."bisik Aqil perlahan. Amna tidak beriak. Terus dia mengekori jejak Aidan.

"Awak dah fikir masak-masak nak kawin dengan saya?"soal Aidan polos. Wajah Amna direnung dalam-dalam.

"Akak dah fikir masak-masak. Akak tahu ni semua rancangan Rayyan. Akak bersyukur sangat sebab kena cekup dengan Aidan, bukan dengan Rayyan. Akak tak boleh bayang kalau betul benda tu terjadi."kata Amna agak panjang. Aidan mengeluh perlahan.

"Saya lagi muda dari awak."kata Aidan. Amna terus angkat wajah.

"Akak tak kisah."jawab Amna pula. Dia yakin Aidan mampu lindunginya. Dia merasa selamat semasa memeluk Aidan tanpa disedarinya tadi.

"Ok. Kalau macam tu, jom masuk dalam."Aidan mula ukir senyuman.

"Awak setuju?"soal Amna. Dia mendongak memandang Aidan.

"Ya. For the sake of our family."jawab Aidan tenang. Dan saya cintakan awak, Amna. Sambung Aidan dalam hati.

°•°•°•°•°•

"HAI abang ipar!"sapa Aqil dan terus ambil tempat di sebelah Aidan.

"Hmm."sahut Aidan, buat tak endah.

"Kau fikir apa?"soal Aqil. Kaki dicelup dalam kolam. Sama seperti Aidan.

"Pasal kejadian yang menimpa Amnalah."

"Jangan risau, aku dah upah orang ajar si bahlul Rayyan tu."kata Aqil perlahan. Sempat dia meninjau keadaan sekeliling.

"Aku tak puas hati selagi tak ajar dia dengan tangan aku sendiri!!"gumam Aidan rendah.

"Tak sangka dia sanggup culik Amna semata-mata untuk kena tangkap khalwat! Isy, geram betul aku."

"Tulah, padahal dia tu peguam. Tak takut ke kalau menjatuhkan maruah dia."sokong Aqil.

"Kalau dah gilakan orang sangat, macam tulah jadinya."Aidan sakit hati pula.

"Kakak macam mana?"soal Aqil mengenai kakaknya pula.

"Diam aje. Tapi part diam tu aku boleh tahanlah. Yang tak tahannya kalau dia buka mulut, perkataan 'akak' dengan 'awak' dia tak ubah pun. Rasa macam ada gaplah. Macam aku adik dia je."cebik Aidan. Wajahnya sedih.

"Tegurlah."kata Aqil pula.

"Nanti nampak macam desperate pulak. Janggal pulak kalau suruh dia panggil aku abang, aku kan lagi muda dari dia. Lagipun, baru semalam aku akad nikah, awal lagilah. Bagi dia masa sikit."balas Aidan. Mereka dinikahkan selepas dua minggu kejadian tu.

"Haa, nilah minded Melayu kita. Dan, dalam perkahwinan tak kiralah suami muda dari isteri, isteri kena panggil suami guna panggilan terhormat dan boleh semaikan kasih sayang.

"Panggilan terhormat tu, bukan setakat abang. Sayang pun boleh apa. Part kau baru kawin tu, tak kisahlah. Yang penting dia dah jadi bini kau. Kalau ikutkan nak bagi masa, sampai bila bila dia akan berakak dengan kau kalau tak tegur. Cakap kat dia yang kau tak suka dia guna perkataan akak dengan kau."kata Aqil lagak seperti perunding perkahwinan.

"Isy, tak berani aku. Kang dia lari macam mana? Terkejut tetiba aku suruh guna panggilan manja-manja."Aidan menggeleng.

"Takde maknanya. Slow talk la. Kakak aku tu jenis simple aje. Benda senang takkan nak buat payah, tulah prinsip kakak aku. Kalau dia menjawab, cium ajelah."Aqil ketawa mengekek-ngekek. Aidan pula mengetap bibir geram. Melebih pula Aqil ni!

"Yalah. Nanti aku cakap."

"Bukan nanti, abang. SEKARANG!"tekan Aqil. Dia menolak-nolak tubuh Aidan supaya pergi dari situ.

°•°•°•°•°•

AIDAN menutup pintu bilik, dalam masa yang sama, pintu bilik air terbuka. Amna keluar dengan tuala di bahu. Aidan berdebar tengok Amna tanpa tudung didepannya itu.

"Err... awak dah nak tidur ke?"soal Amna. Dia melangkah ke meja solek. Aidan teguk liur sebelum mendekati katil. Dia duduk bersila sambil pandang tilam.

Amna pandang tingkah Aidan melalui biasan cermin sambil sapu losen kat lengan. Selesai, dia terus menghampiri katil. Dia duduk di sebelah Aidan.

"Kenapa ni? Tak selesa, ya? Kalau macam tu akak tidur bilik bacaan ajelah. Semalam awak tidur dengan Aqil, mesti tak selesa dengan akak."Amna terus mengengsot untuk turun dari katil. Tingkah Amna terhenti bila tangan Aidan menahan.

"Err... ab...eh! Saya nak cakap sikit dengan awak."Aidan memandang Amna. Amna terus bersila seperti Aidan.

"Cakap apa?"soal Amna tenang.

"Er... sebenarnya... saya tak suka awak guna perkataan 'akak' masa cakap dengan saya. Tak rasa macam suami isteri."ucap Aidan perlahan sambil menunduk. Amna termangu-mangu.

"Oh, ya ke? Maaf ya, akak...err, saya dah terbiasa guna."ucap Amna.

"Ok. Untuk permulaannya, kita guna 'awak-saya', ok? Barulah tak rasa macam adik-adik."Aidan senyum panjang. Lega hatinya.

"Ok."Amna turut senyum ringkas.

"Kalau ada tindakan saya yang awak tak suka, let me know, ok? Saya boleh kurangkan atau ubah. Nanti bahagia hidup, tak sakit hati."ucap Aidan lembut. Amna angguk perlahan.

"Awak pun."balas Amna. Dia rasa Aidan ni jenis lelaki yang memahami. Perlahan-lahan senyumannya terukir lebar.

•°•°•°•°•°

AMNA terkocoh-kocoh memakai heelsnya dan mendekati kereta BMW milik Aqil. Aqil menggeleng dengan gelagat kakaknya.

"Jomlah cepat. Dah lambat ni."tegur Amna. Aqil masih lagi rileks sambil menguap. Pintu kereta masih terbuka sementara menunggu enjin kereta panas.

"Lambat apa, kak? Baru pukul 8 pagi."ujar Aqil.

"Eh?"Amna terus selak lengan bajunya. Jam tangan sudah menunjukkan angka 9.10 pagi.

"Salah time tu. Campak aje dalam tong sampah."kata Aqil selamba. Amna mencebik sebelum menanggalkan jam tangannya. Masa dibetulkan.

"Nak pergi mana, kak?"soal Aqil bila Amna keluar dari kereta.

"Breakfast."jawab Amna. Aqil tergelak kecil.

"Laa, masuk pulak? Tadi cakap dah lambat."tegur Aidan tatkala kelibat isterinya muncul di dapur. Datin Sutina dan Dato' Nizam sudah pandang pelik.

"Em."balas Amna.

"Kenapa, Amna?"soal Datin Sutina.

"Salah timing jam, ma."balas Amna. Sandwich terus disuap ke mulut. Aidan tersenyum.

"Hujung minggu ni kita balik rumah kita, ya?"kata Aidan. Dia dah cakap kat Amna yang mama dan papanya hadiahkan sebuah rumah di Cheras.

"Tak naklah."protes Amna. Dia menggeleng. Aidan agak tersentap. Selamba jawab tak nak. Straightnya.

"Amna..."tegur papanya.

"Yalah..."Amna bersetuju. Malas nak dengan ibu bapanya membebel. Aidan senyum sikit.

"Amna, dah jadi isteri orang kenalah dengar cakap suami. Tempat isteri di sisi suami, tau."Datin Sutina bersuara.

"Syurga Amna bukan lagi dengan mama, tapi dengan Aidan. Perempuan tak susah nak masuk syurga dan sangat senang masuk neraka. Ingat tu..."tambah Dato' Nizam.

"Amna tu tanggungjawab Aidan sekarang... jaga diri dan maruah suami, ya sayang?"Datin Sutina menyambung. Amna sudah buat muka takde perasaan. Kopi disisip perlahan.

"Ok."pendek saja balasan Amna. Punyalah panjang syarahan Dato' Nizam dan Datin Sutina. Aidan tergeleng dengan respons isterinya.

•°•°•°•°•°

"LAWANYA."komen Amna sepatah masa mula-mula masuk rumah milik mereka, hadiah dari ibu bapa Aidan.

Konsep Inggeris yang melatari rumah itu memikat hati. Pandangannya mendamaikan dengan kombinasi warna putih dan krim.

"Jom, tengok bilik."ajak Aidan. Bagasinya ditarik bersama. Amna turut mengheret bagasinya.

"Walaah..."Aidan terpaku dengan dekorasi master bedroom itu. Dindingnya dicat dengan warna krim, warna kegemaran Aidan. Bilik itu dilengkapi dengan wardrobe gergasi. Lengkap dengan fitting room.

Amna juga terpaku. Dia menuju pula ke tandas. Tandas yang selesa dengan konsep kontemporari. Siap ada tab mandi lagi.

"Cantiklah. Suka!"Aidan duduk atas katil bersaiz king itu.

"Jom tengok dapur pulak."ajak Aidan. Tangan Amna digenggam dan diheret untuk turun ke bawah.

"Besar jugak dapur."komen Amna ringkas.

Dapur yang dilengkapi dengan kaunter bar. Fridge pun dah tahap gergasi.

"Bahan takde lagi dalam peti, nanti kita beli, eh."kata Aidan sebaik saja buka fridge.

"Ok."balas Amna.

"Ada kolamlah."kata Aidan sebaik menjenguk ke luar tingkap. Terus dia keluar dari dapur dan menuju ke satu lorong yang menghubungkan ke kolam di luar rumah. Amna terus ikut suaminya.

"Boleh lepak sini."ujar Aidan. Dia pandang Amna dan senyum. Amna balas dengan senyum simpul.

"Jom, kita beli barang dapur."Aidan terus peluk bahu Amna dan masuk dalam rumah balik. Amna bagaikan terpasak dengan tindakan Aidan. Hatinya berdebar.

•°•°•°•°•°

AMNA menaip report yang perlu disiapkan segera. Jemarinya berhenti seketika. Tangan dibawa ke leher lalu ditekan perlahan. Sengal.

"Rehatlah dulu."tegur Aidan. Matanya yang terpasak pada TV plasma terus dialih untuk melihat isterinya yang bersila atas lantai.

"Mana boleh."jawab Amna. Matanya diurut perlahan. Penat.

"Kenapa pulak tak boleh ni, sayang? Dari maghrib tadi awak hadap benda ni, takkan tak selesai lagi."Aidan turut menggelungsur turun dari sofa lalu bersila di tepi isterinya.

"Er... ada lima report kena siapkan."kata Amna gugup. Berdebar Aidan panggil dia sayang!

"Banyak jugak. Aqil dera awak ya?"soal Aidan dengan wajah berkerut.

"Ta...taklah. Minggu lepaskan saya cuti lima hari."

"Kerja tertangguh eh?"soal Aidan sambil senyum. Amna angguk perlahan.

"Meh saya tolong picitkan."tangan Aidan sudah mendarat atas bahu Amna. Amna terkedu.

"Tak...takpelah. Satu report aje lagi yang tinggal. Nanti saya rehat."Amna sudah menarik bahunya dari pegangan Aidan. Aidan tersenyum lagi.

"Malu eh?"soal Aidan dengan nada mengusik. Wajah Amna yang memerah membuktikan lagi bahawa Amna sedang malu.

"Ma...mana ada!"nafi Amna cepat.

"Ya ke?"Aidan merapatkan jaraknya dengan Amna. Saja mengusik.

"Yalah..."Amna gugup! Dia beralih ke kiri bila Aidan merapat.

"Habis tu, kenapa muka merah ni?"soal Aidan sambil ketawa kecil. Pipi Amna diusap perlahan.

Amna terus berdiri. Tergagap-gagap dia ingin menuturkan bicara.

Aidan mendongak. Dia tergelak.

"Aaa..."Amna meramas jemarinya.

"Aaa apa?"soal Aidan. Dia turut berdiri.

"Aaaa awak jangan buat ma...macam tu lagi!"Amna ambil laptopnya dan terus melangkah laju ke atas. Aidan tersengih melihat gelagat Amna yang gelabah itu.

"Hai, usik sikit dah gelabah semacam. Selama ni tenang aje, macam tak berperasaan."ulas Aidan perlahan. Dia duduk semula dan menonton tv.

•°•°•°•°•°

AMNA menutup pintu perlahan lalu bersandar pada pintu. Tangan kanannya menyentuh dada kiri. Jantungnya berdegup kencang!

Janganlah dia buat macam tu lagi, nak pecah jantung aku dibuatnya. Desis hati Amna. Dia menggeleng perlahan dan perlahan-lahan, bibirnya mengorak senyuman. Entah mengapa, hatinya bahagia!

•°•°•°•°•°

"BREAKFAST?"tegur Amna sebaik saja Aidan tergesa-gesa menuju ke pintu rumah pagi itu. Aidan terus memandang Amna dan menuju ke arah isterinya.

"Sorry, sayang. Saya ada meeting tergempar kat ofis. Nanti lunch sama."Aidan hanya meneguk air kopi yang ada dalam cawan. Amna terpinga-pinga. Terkebil-kebil matanya memandang Aidan.

"Saya pergi dulu ok."Aidan tunduk dan mencium pipi Amna dengan pantas. Terus dia keluar dari ruang makan. Amna bagaikan terkena renjatan elektrik. Kejung tubuhnya. Liur ditelan kesat.

•°•°•°•°•°

AMNA merenung skrin komputer dihadapannya. Sejak kejadian pagi tadi, dia langsung tak boleh fokus dengan kerja. Asyik teringat-ingat dekat Aidan. Malah, dia rasakan bahawa jam berdetak dengan begitu lambat. Tak sabar nak tunggu tengah hari.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Pantas dicapai dan membuka ikon berbentuk sampul surat.

'Nanti saya jemput awak untuk lunch. ❤' - Aidan

Tersengih Amna bila ada emoji hati pada hujung pesanan itu. Hatinya berbunga-bunga. Dia membalas.

'OK. Saya tunggu.'

'Love you. Hihi'

Makin parah Amna tersengih bila menerima mesej kedua daripada Aidan. Sayang awak jugak, balas Amna dalam hati. Dia tidak lagi membalas mesej Aidan.

Masa yang ditunggu tiba jua. Aidan segera menelefon Amna untuk memaklumkan bahawa dia sudah ada di depan lobi.

"Ok. Saya dah ada dalam lif ni."balas Amna. Senyuman terukir di bibirnya tanpa dipaksa.

"Assalamualaikum, sayang."ucap Aidan sebaik saja Amna menutup pintu kereta.

"Wa...waalaikumussalam."balas Amna, tiba-tiba gugup bila bersama Aidan. Aidan tarik wajah Amna lalu mengucup dahi Amna dengan lembut. Amna tergamam. Terkedu. Terkaku. Terkejut. Dan bermacam-macam TER lagi. Matanya terkelip-kelip memandang Aidan yang tersenyum panjang. Kereta mula bergerak perlahan.

"Nak makan kat mana?"soal Aidan pada Amna.

"Ikut awaklah."balas Amna pula.

"Ok. Kalau macam tu harini kita makan nasi arab. Nak?"cadang Aidan.

"Ok."balas Amna sambil pandang luar tingkap. Tak sanggup dia pandang wajah Aidan. Segan.

"Diam je."tegur Aidan apabila hampir 2 minit suasana sepi menyelubungi kereta.

"Err... apa meeting tergempar awak pagi tadi?"soal Amna perlahan.

"Erm. Ada kes pecah amanah."jawab Aidan. Amna terus pandang suaminya. Aidan mengeling sekilas sambil tersenyum.

"Janganlah pandang macam tu."tegur Aidan. Jarinya mencuit hidung Amna. Amna segera pandang depan. Aidan masuk parking dan matikan enjin.

"Jom, sayang."mereka keluar dari kereta dan masuk ke dalam restoran yang menyediakan masakan arab itu.

"And?"Amna duduk dan menyoal terus. Aidan betulkan duduknya. Dia pandang Amna di hadapannya dengan senyuman manis.

"And apa, sayang?"soal Aidan manja.

"Siapa yang pecah amanah tu?"soal Amna. Degupan jantung mula terjejas tatkala deria pendengarannya disapa perkataan 'sayang'. Perbualan mereka terhenti apabila pelayan mengambil pesanan.

"Akauntan syarikat. Hampir setengah juta lesap. Nasib baik papa cepat bertindak.  Dia cek laporan kewangan syarikat dan akaun syarikat ada yang tak kena."cerita Aidan.

"Ohh... isy, tak amanah langsung dalam kerja. Macam manalah dia boleh makan benda haram."tergeleng kepala Amna.

"Hmm, kalau dah tamakkan duit... tapi awak jangan macam tu tau. Tamakkan cinta saya cukuplah."pesan Aidan dengan senyuman nakal. Amna ketap bibir, tahan senyum.

"Awak ni asyik usik saya je..."ujar Amna perlahan tapi masih mencecah gegendang telinga Aidan. Kebisingan restoran langsung tidak membantutkan niat Aidan untuk mengusik Amna.

"Mana ada saya usik. Saya cakap benda betullah."balas Aidan. Amna hanya menjeling suaminya. Aidan tetap senyum dan senyum. Hanya untuk Amna.

°•°•°•°•°•

"I want to see Mister Aidan Haziq."Rayyan mengetuk-ngetuk meja receiptionist. Wajah angkuh ditayangkan.

"What is your name, mister?"soal perempuan itu mesra. Tag namanya tertulis 'Maryam'. Dia sudah mencapai gagang telefon.

"Rayyan. Rayyan Alimin."jawab Rayyan. Dia perlu buat perhitungan dengan Aidan.

Dia perhatikan perempuam penyambut tetamu itu bercakap-cakap dengan seseorang di hujung talian.

"Encik Rayyan boleh naik ke tingkat 10."ujar Maryam.

"Thanks."ucap Rayyan sebelum bergerak ke lif. Sebaik sampai ke tingkat 10, Rayyan segera bertanya staf tingkat itu tentang pejabat Aidan.

"This way, mister."Wana, setiausaha Aidan menunjukkan bilik Aidan.

Aidan pandang Rayyan dari cermin gelap biliknya. Orang luar tak nampak dia di dalam tapi dia nampak orang di luar.

"Come in."jerit Aidan sebaik saja pintu pejabat biliknya diketuk.

"Silakan, Encik Rayyan."Rayyan terus masuk. Wana terus tutup semula pintu.

"Have a seat."pelawa Aidan. Rayyan terus duduk.

"What brings you here?"soal Aidan terus. Tak mahu buang masa.

"I wanna talk about your wife."balas Rayyan dengan lagak.

"Aku tak berminat."balas Aidan. Dia menarik fail laporan anak syarikat lalu dibelek.

"Kau ingat Amna tu baik sangat ke?"soal Rayyan sinis. Dia meraup rambutnya yang terjuntai ke dahi.

"Pada aku, Amna tu baik sangat. Dan dia tak layak untuk kau! Mujurlah dia tak sempat dicekup dengan kau."balas Aidan juga sinikal. Rayyan mula naik angin.

"Hei! Kalau kau nak tahu aku dengan dia pernah terlanjur masa kitaorang kat Jepun dulu! Oh, aku tau kenapa kau masih stay dengan dia. Sebab kau belum sentuh dia lagi, kan?"Rayyan ketawa kecil. Aidan genggam penumbuk. Terus dia bangun dari kerusinya dan menghampiri Rayyan.

Kemeja Rayyan dicengkam. "Kau jangan nak berkurang ajar! Aku kenal isteri aku! Aku percayakan dia!"jerkah Aidan dengan kemarahan yang meluap-luap. Rayyan angkat kedua-dua tangannya seperti orang diacukan pistol.

"Aku tak paksa kau untuk percayakan aku. Tapi yang pasti, isteri kau yang kononnya baik sangat tu dah ditebuk. Tupai itu akulah."Rayyan masih mencurah minyak. Terus Aidan melayangkan tumbukan pada wajah kacak Rayyan. Rayyan sudah tersungkur ke lantai.

"Kau jangan nak burukkan isteri akulah!"tempik Aidan lagi. Dia menarik baju Rayyan supaya berdiri.

"Kau tak percaya? Nah!"sampul berwarna coklat dikeluarkan dari poket kot hitamnya, lalu dicampak ke dada Aidan. Pantas Aidan menangkapnya.

"Kau tengok dan nilai sendiri! Jangan jadi bodoh!"Rayyan membaiki kolar kemejanya dan mengesat bibirnya yang pecah. Terus dia keluar dari pejabat itu dengan senyuman jahat.

°•°•°•°•°•

"AMNA!!!"jerit Aidan sebaik sampai ke rumah. Wajahnya tegang dan kusut dengan rambut serabainya. Necktie, kot dan briefcasenya dicampak ke lantai.

"Amna!!!!!!"jeritan Aidan semakin meninggi, seiring dengan langkahnya yang semakin laju mendaki tangga. Sampul yang diberikan oleh Rayyan tadi berada di tangannya.

Amna yang selesai solat asar terkejut dengan tolakan pintu bilik secara tiba-tiba dan kasar.

"Awak... kenapa marah-marah ni?"soal Amna lembut. Dia terus bangun dengan telekung masih ditubuhnya.

Aidan menghampiri Amna dan terus menolak Amna hingga Amna jatuh ke lantai bilik.

Amna cuba bangkit semula tetapi Aidan sudah bertinggung di sisinya dan mencengkam pipinya dengan kasar.

"Hei, perempuan! Kau ni muka aje lawa tapi hati macam bangkai! Dasar perempuan murahan!!"tengking Aidan yang sedang dikuasai dengan api cemburu dan kemarahan yang menjulang-julang.

"Aidan..."Amna sudah mengalirkan air mata sebaik kata hinaan itu keluar dari mulut lelaki yang mula mendapat tempat dihatinya.

"Sudah! Tak payah menangis dengan air mata palsu kau tu!"Aidan terus menunjal kepala Amna lantas berdiri.

"Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni?"Amna cuba bangkit. Dia menentang mata Aidan.

"Ni! Kau tengok sendiri!"sampul di tangan dilemparkan ke wajah Amna. Amna terkedu lagi. Perlahan-lahan dia mengambil sampul yang sudah berada dekat kakinya. Kandungan dikeluarkan.

Hampir terjojol mata Amna melihat kepingan gambar itu. Air matanya mengalir perlahan. Dia kembali memandang suaminya

"Mana awak dapat gambar ni?"soal Amna dengam suara yang mula tenang. Aidan berpeluk tubuh.

"Rayyan yang kasi. Dan dia mengaku yang kau dan dia pernah terlanjur masa kat Jepun dulu!"balas Aidan dengan suara kasar. Tidak semena-mena, Amna menampar wajah Aidan. Aidan tergamam. Pipi kirinya disentuh perlahan. Tamparan menyakitkan!

"Awak hanya dengar cerita dari mulut dia! Dan gambar ni, sebagai buktinya! Kenapa awak jadi begitu bodoh, Aidan? Sangat bodoh!!"Amna tertawa sinis. Air mata kekecewaan mula mengalir kembali. Air jernih itu dikesat dengan kasar.

"Kau jangan nak cabar aku, Amna! Jangan nak sembunyikan kebenaran! Gambar ni jelas dan perempuan atas katil tu memang kau!"jerkah Aidan. Merah padam wajahnya menahan amarah.

"Awak jangan jadi bodoh, Aidan! Saya akan buktikan yang perempuan dalan gambar ni bukan saya! Bila awak dah tahu kebenarannya, jangan nak melutut merayu depan saya nanti!"amuk Amna. Dia panas hati mendengar kata-kata Aidan.

Tanpa menunggu lama, Amna berlari keluar dari bilik beradu mereka dengan keadaan yang masih bertelekung. Dia ingin keluar dari rumah itu! Aidan terpempan.

°•°•°•°•°•

"KAKAK!"terkejut Aqil bila waktu maghrib macam ni Amna tiba di depan pintu rumah mereka. Dengan bertelekung lagi!

"Come."Amna menarik tangan Aqil menuju ke atas.

"Papa dengan mama mana?"soal Amna serius. Kecut perut Aqil melihat wajah kakaknya.

"Diorang dalam bilik. Bersiap nak ke surau. Akak kenapa ni? Akak dari surau ke? Dengan telekung bagai."tegur Aqil.

"Ok. Meh."mereka terus masuk ke bilik bacaan. Amna ambil tempat duduk atas sofa L dan Aqil duduk di sebelahnya.

"Ni."Amna keluarkan gambar dari sampul coklat itu. Aqil capai kepingan itu lalu dibeleknya. Bulat mata Aqil tengok gambar tersebut.

"Akak! Apa ni?!"terus meninggi suara Aqil. Terbangun dia dari duduk akibat terkejut.

"Dengar dulu. Duduk!"tegas Amna. Aqil duduk kembali.

"Now, akak nak tanya. Aqil ada kawan yang expert dalam bidang IT, kan?"soal Amna. Aqil angguk.

"Ok. Malam ni jugak kita jumpa kawan Aqil tu!"kata Amna. Aqil terpinga-pinga.

"Oh, maksud akak gambar ni tipu? Superimposed?"teka Aqil. Amna angkat bahu.

"Aidan tahu?"soal Aqil.

"He is... dia yang bagi gambar ni. Rayyan kasi kat dia."jawab Amna lemah.

"Wait...wait... maksud akak, Rayyan cari masalah?"soal Aqil lagi. Dia sudah faham kedudukan cerita walaupun tak diterang secara detail oleh Amna.

"Bukan cari masalah, tapi cari malapetaka. Ok, jom siap! Lepas maghrib gerak!"

•°•°•°•°•°

AMNA duduk berpeluk tubuh di sofa ruang tamu rumahnya dengan Aidan.

"Gambar tipu ni. Aku tengok pun dah tahu!"ujar kawan Aqil, Saiful.

Aidan hanya merenung gambar dalam laptop milik Saiful itu. Kemudian, dia pandang Amna pula. Perasaan bersalah mula mencengkam hati.

Setelah itu, Saiful terangkan lagi tentang gambar itu diedit. Bagaimana ingin pastikan gambar itu betul atau diedit.

"Thanks, Saiful."ucap Amna sambil hulur senyum ikhlas tetapi kelihatan hambar. Saiful angguk.

"Sama-sama, kak."balas Saiful pula.

"Aqil hantar Saiful balik. Pergi dulu."Aqil sudah menyarung selipar. Amna menahan.

"Kejap! Aqil tunggu akak kejap."Amna terus berlari naik ke atas. Aidan hanya memandang langkah laju itu.

"What you have done, huh?"soal Aqil pada Aidan. Aidan meraup wajahnya.

"Aku mintak maaf, Qil! I lost my temper."ucap Aidan dengan suara yang jelas tertekan. Saiful sudah menunggu di kereta, tidak mahu masuk campur dalam perbualan dua lelaki itu.

"Kau cakap apa kat kakak?"soal Aqil lagi. Dia berpeluk tubuh.

"Aku hina dia. Tapi masa tu aku tak sedar. Aku tengah marah masa tu."Aidan membela diri.

"Whatever it is, you have made really really big mistake."Aqil menggeleng perlahan. Aidan mengeluh berat.

"Aku tak sengaja..."rintih Aidan. Amna muncul semula dengan bagasi di tangannya. Aidan mula gelabah.

"Sayang... sayang nak pergi mana? Jangan tinggalkan saya. Saya mintak maaf."Aidan genggam erat tangan Amna. Dia cuba mengambil bagasi itu dari Amna tapi Amna merentapnya dengan kasar dan pantas. Dia langsung tak pandang wajah Aidan.

"Sayang... I am truly sorry. Jangan tinggalkan saya."rayu Aidan lagi. Amna masih tak bagi respons. Selipar disarung pantas.

"Akak, he apologized."tegur Aqil bila Amna hanya buat bodoh pada Aidan.

"Jom balik!"keras suara Amna mengajak Aqil. Aidan menarik lengan Amna.

"Sayang..."seru Aidan. Suaranya sebak. Amna menarik lengannya kembali dan terus berlalu ke kereta Aqil.

"Biar dia tenang dululah."Aqil pujuk Aidan. Dia menepuk bahu abang iparnya itu. Nampaknya Aidan terpaksa mengalah dulu. Dia angguk perlahan sambil tersenyum hambar.

•°•°•°•°•°

"HELLO! Jumpa kau kat Taman Tasik Titiwangsa. Sekarang dan aku taknak dengar apa-apa alasan!"Amna terus mematikan talian sebaik saja selesai berkata-kata.

Amna menunggu di bangku depan tasik. Cuaca agak mendung walaupun jam baru mencecah angka tiga petang. Hari minggu macam ni ramai juga yang melepak di situ.

"Hai, sayang."tegur Rayyan sambil tersenyum. Dia duduk di sebelah Amna. Amna mencebik.

"Waalaikumussalam!"sindir Amna kasar. Rayyan ketawa. Menyakitkan hati!

"Kenapa tiba-tiba nak jumpa? Laki you dah tinggalkan you ke?"soal Rayyan dengan lagak selamba. Amna ketawa mengilai. Kononnya lawak sangat statement Rayyan.

"Kenapa dia nak tinggalkan aku pulak?"soal Amna dengan suara jengkel.

"Yalah, dia dah tahu yang you ni tercemar."

"Oh, yeke?"balas Amna bodoh. Dia ketawa lagi.

"Alahai, kesian betullah. Mana ada dia tinggalkan aku. Aku tinggalkan dia adalah."balas Amna dengan wajah yang mula serius. Suaranya yang tadi selamba, mula kedengaran dingin dan tanpa nada.

"You dah bosan dengan dia ke? Kalau macam tu, I sanggup terima you. I sayangkan you."ucap Rayyan. Dia tak sedar dengan perubahan suara dan wajah Amna.

"Ni lagi sekor jantan bodoh. Eh, apesal kau bodoh sangat ha? Perkataan mana dalam ayat aku yang kau tak faham? Aku taknak kau! Aku dah muak dengan perangai kau! Lepas satu, satu bala kau tertimpa dekat aku.

Kepala hotak kau benak sangat ke sampai tak faham apa yang aku cakap? Hei! Aku tak report polis pun kira dah bersyukur, tau tak? Kalau ikutkan hati busuk aku ni, dah lama aku sumbat kau dalam penjara atas alasan kau culik aku! Aku jugak boleh saman kau sebab fitnah aku dengan gambar bodoh kau tu!"sembur Amna dengan suara yang perlahan tetapi tajam. Terpempan Rayyan dibuatnya.

"I buat semua tu sebab I sayangkan you!"Rayyan membela diri.

"Sayang kepala lutut kau la! Lepas ni, kau jangan berani nak main-main dengan aku. Kalau kau buat jugak, kau boleh ucap bye-bye dekat karier dan kehidupan kau!"tegas suara Amna, tanda dia benar-benar maksudkannya. Rayyan statik. Amna sudah berpaling, ingin pergi dari situ.

"Oh! And one more thing."Amna menghadap Rayyan semula.

"This is for what you have done to me!"Amna menumbuk hidung Rayyan kemudian dia menghunuskan lututnya ke celah kangkang Rayyan.

"Argh!"Rayyan menjerit kesakitan. Dia terlutut atas tanah.

"Ni tak seberapa dengan apa yang kau buat dekat aku."kata Amna sebelum berlalu dari situ dengan hati yang puas.

°•°•°•°•°•

FOKUS Amna terganggu apabila pintu biliknya diketuk. Amna turun dari katil dan menuju ke pintu.

Sebaik saja melihat wajah itu, Amna cepat-cepat tutup pintu tapi sempat ditahan oleh Aidan.

"Sayang! Sayang, dengarlah dulu."pujuk Aidan. Amna menolak pintu sekuat hatinya tapi kudrat Aidan masih bukan tandingannya.

"Sayang."Aidan tersenyum memandang isterinya yang berpeluk tubuh. Hampir sebulan mereka tidak bersua muka.

Aidan cuba menarik Amna dalam pelukannya tetapi Amna pantas menolak tubuh tinggi itu. Matanya menentang pandangan redup Aidan.

"Dont you dare to touch me!"dingin sekali suara Amna tetapi tegas kedengaran.

"Saya rindu awak."ucap Aidan lembut. Tunak matanya memandang Amna.

"Rindu? Dekat perempuan murahan ni? Come on, Aidan."perli Amna sedas. Dia tersenyum sinis.

"Saya tahu saya salah dan saya mintak maaf. Saya silap sebab percayakan Rayyan. Awak cakap saya bodoh, ya! Saya mengaku saya bodoh! Maafkan saya, sayang."rayu Aidan. Dia sudah melutut sambil mengalirkan air mata penyesalan.

"I have told you before, kalau dah tahu kebenarannya jangan datang melutut merayu depan saya."suara Amna masih dingin.

"Amna! Suami dah mintak maaf tu, maafkan jela."tegur Dato' Nizam. Datin Sutina turut berada di sisi suaminya sekali dengan Aqil. Aqil mengetap bibir perlahan.

"Bila pulak Amna cakap tak maafkan dia?"soal Amna pada papanya.

"Budak ni!"Dato' Nizam menahan geram.

"Awak maafkan saya?"soal Aidan. Matanya bersinar dengan senyuman yang melebar.

"Siapa cakap?"soal Amna lagi. Senyuman Aidan terus hilang.

"Amna! Tak baik buat suami macam tu..."tegur Datin Sutina lembut.

"Akak..."tegur Aqil pula.

"Apa?"soal Amna dengan wajah beku.

"Dahlah, Aidan. Tak payah dilayan sangat isteri kamu tu."Dato' Nizam menarik Aidan supaya berdiri.

"Hmm. Sape nak layan."cebik Amna sebelum menarik tangan papa dan suaminya keluar dari bilik.

"Ni! Ni kawasan larangan!"ucap Amna sambil menunjuk sempadan biliknya. Terus pintu ditutup dan dikunci.

"Amna!"Aidan mengetuk bilik Amna bertalu-talu.

"Tak payah dilayan sangat. Nanti dia cari kamu juga."kata Dato' Nizam. Dia memeluk bahu Aidan dan menuruni tangga diikuti Datin Sutina dan Aqil.

"Dah sebulan, pa. Amna tak cari Aidan pun. Jumpa Aidan pun taknak. Macam mana nak pujuk dia lagi?"soal Aidan sedih.

"Tulah kau, masa bercakap tak fikir."bidas Aqil selamba. Mereka semua duduk di ruang tamu. Aidan tertunduk.

"Aqil, lelaki kalau dah dikuasai nafsu amarah, fikiran rasional mereka lumpuh. Same goes with you, cuma tak hadap aje lagi."kata Datin Sutina.

"Kalau dia percayakan Amna, dia takkan cakap macam tu."sampuk Amna sambil menuruni tangga. Dia sudah siap bertudung.

"Amna..."tegur Dato' Nizam.

"Benda betul."Amna tidak mahu mengalah.

"Tak baik cakap macam tu, Amna."tegur Datin Sutina pula.

"The thing is, dia tak percayakan Amna. Mama ngan papa nak bela dia sangat kenapa?"soal Amna pula.

"Sebab Aidan dah sedar salah dia dan dia dah minta maaf. Amna tu aje yang ego. Hati tu tak tenang kalau tak memaafkan."

"Hati macam bangkai layak ke tenang? Layak ke, Aidan?"soal Amna sarkastik. Terus mengena tepat ke batang hidung Aidan.

"Amna!!!"terus meninggi suara Dato' Nizam. Amna tersentak.

"Bibir ni boleh cakap hati memaafkan. Tapi otak ni taknak lupa apa yang dia cakap dekat Amna!"

"Saya mintak maaf."ucap Aidan lembut. Dia sudah berdiri di sisi isterinya.

"Saya maafkan awak. Tapi saya tak boleh lupa apa yang awak cakapkan."balas Amna tanpa pandang wajah Aidan.

"Cant we just live like before?"soal Aidan teragak-agak.

"Nak ke hidup dengan perempuan murahan ni?"soal Amna sambil tertawa kecil. Mengejek.

"You are my precious. Saya mintak maaf, sayang."

"Sudah. Tak payah ulang maaf. Muak!"kata Amna menyampah.

"Ma, Amna nak keluar kejap."kata Amna. Dia sudah berlalu ke pintu rumah.

"Suami ada kat depan, cakap kat kita pulak. Mintak izin suami tu."tegur Datin Sutina sambil menggeleng. Apa nak jadi dengan anak perempuannya itu.

"Nak keluar kejap."kata Amna pada Aidan, ala kadar saja.

"Kita keluar sama."kata Aidan pula.

"No!"berkerut wajah Amna bila Aidan nak keluar dengannya.

"Then, tak payah!"papanya menyampuk.

"Fine!"Amna terus naik ke biliknya semula. Aidan terkedu.

Aqil hanya diam manakala Dato' Nizam dan Datin Sutina sudah geleng kepala dengan perangai keras kepala Amna.

•°•°•°•°•°

"I'VE told you, you have made really really big mistake!"tegur Aqil sambil melabuhkan punggung di sebelah Aidan. Mereka duduk di taman luar rumah yang menghadap kolam ikan.

"I knew it. You dont have to repeat it again and again."balas Aidan dengan suara yang jengkel.

"Amna memang keras kepala. Sebab tu dia boleh belajar kat Jepun dan genggam master."

"Apa kaitannya?"soal Aidan tak faham. Dia berpeluk tubuh. Sejuk suasana malam ini.

"Actually, mama ngan papa tak kasi dia belajar luar negara. Kalau nak ambik master pun, buat aje kat Malaysia but she refused."cerita Aqil.

"Ok... and?"

"Keras kepala dia tu sampai tak bercakap dengan mama ngan papa. Makan pun tidak, minum pun tidak. Asyik berkurung dalam bilik. Satu hari tu, Mak Rina ketuk pintu bilik kakak, tapi takde respons.

Mak Rina risau, dia buka bilik kakak dengan kunci pendua. Dia jumpa kakak pengsan dalam bilik air. Nadi lemah dan muka dia pucat sangat. Macam orang dah mati."

"Dahsyatnya! Lepas tu, mama dan papa terpaksalah hantar dia ke Jepun? Supaya dia tak seksa diri dia?"

"That what she is. Keras kepala dan degil dia tu kadang tak bertempat. Kau sabarlah dengan dia. Pujuk dia,nanti sejuklah."kata Aqil sambil menepuk bahu Aidan. Memberi semangat.

"Mestilah. I love her!"ucap Aidan ceria. Bersemangat!

°•°•°•°•°•

AMNA celik mata tatkala merasa sesuatu merayap di pinggangnya.

"Assalamualaikum."Aidan memberi salam apabila isterinya membuka mata. Amna gugup. Jarak yang memisahkan mereka hanya tiga inci.

"Waalaikumussalam."jawab Amna perlahan. Hampir tidak kedengaran.

"Jom, subuh sama-sama."ajak Aidan.

"Ok...okey. Ta...tapi... lepaskan saya dulu."pinta Amna perlahan.

"I will. Tapi, saya nak morning kisses saya dulu."pinta Aidan manja. Amna sudah terkedu.

"Saya tak layak. Macam awak cakap haritu, saya perempuan mura..."belum sempat Amna menghabiskan ayatnya, bibir Aidan sudah menyentuh bibirnya. Amna terkaku. Badannya terasa kejung.

"Lagi sekali awak cakap, lebih daripada tu saya boleh bagi!"tegas Aidan. Dengan wajah ketat dia bangun dan terus menuju ke kamar mandi. Amna masih lagi terbaring kaku.

Amna mengaminkan doa Aidan. Baru saja bangkit, Aidan sudah menarik tangannya supaya duduk semula.

"From now on, kita akan ubah rutin kita."kata Aidan. Amna diam dan berwajah beku.

"Dengar tak?"soal Aidan. Bibirnya diketap.

"Dengar."jawab Amna malas. Dia menanggalkan telekung lalu dilipat. Dia hanya mendengar butiran dari bibir suaminya.

"Lepas solat, awak akan salam tangan saya. Taknak mengelak lagi tau."kata Aidan. Amna angguk. Kerja senang.

"Bangun tidur, wajib bagi morning kisses!"kata Aidan lagi. Amna dengar sambalewa sambil lipat sejadah pula. Dia angguk lagi tapi cepat-cepat dia menggeleng semula lepas hadam ayat Aidan tu.

"Suka atau tak, wajib!"tekan Aidan.

"Tak nak!!"bentak Amna.

"Nak jadi isteri nusyuz, ya?"duga Aidan. Amna diam.

"Hm. Suka hati awaklah."balas Amna geram. Dia segera bangun dan sangkut sejadah serta telekung di tempat penyidai. Aidan tanggalkan kopiah dan diletakkan atas meja solek.

"Marah ke?"soal Aidan sengaja. Dia simpan senyum.

"Boleh ke isteri marah suami? Nanti jadi isteri nusyuz pulak."Amna memerli Aidan. Dia lemparkan senyum sinis dan terus keluar dari bilik itu. Aidan ketap bibir.

"Aku jugak yang kena."Aidan geleng kepala dan ikut langkah Amna ke bawah.

"Assalamualaikum."ucap Amna dan duduk di meja makan. Dato' Nizam dan Datin Sutina menjawab serentak.

"Awal harini?"soal Dato' Nizam. Dia mencicip kopi yang masih berasap itu.

"Biase je."balas Amna selamba. Tidak lama kemudian, Aidan pula muncul lalu duduk di sebelah isterinya.

"Aqil mana?"soal Aidan bila tak nampak kelibat adik iparnya di ruang makan.

"Pagi-pagi lagi dah keluar jogging."jawab Datin Sutina. Dia menyuap nasi goreng ke mulut.

"Ma, koko crunch ada lagi tak?"soal Amna.

"Mama rasa ada lagi kut. Cuba tengok dalam kabinet dapur."jawab Datin Sutina. Amna bangun dan menuju ke dapur. Kelihatan Mak Rina sedang membasuh kuali.

"Mak, koko crunch ada lagi tak?"tegur Amna. Dia membuka pintu kabinet dapur satu persatu.

"Takde dah. Semalam suami Amna ambik."jawab Mak Rina.

"Dia ambik? Dia makan ke? Sampai habis? Tak mungkinlah, hari Selasa tu Amna suruh Aqil beli tiga kotak, harini baru hari Jumaat, takkan dah habis. Semalan ada lagi."kata Amna. Dia sudah bercekak pinggang.

"Saya dah buang."kata Aidan tiba-tiba. Dia berdiri tegak di belakang Amna. Amna terus berpaling.

"Buang?!"meninggi suara Amna. Aidan angkat bahu sambil berpeluk tubuh.

"Awak tahukan saya makan benda tu pagi-pagi!"bentak Amna. Wajahnya sudah memerah.

"Like I said just now. Kita ubah rutin kita."

"There is no 'kita'! Awak ubah saya punya rutin!"bentak Amna lagi.

"Ok... I am sorry tapi saya tak suka awak makan benda tu setiap pagi. Pagi-pagi kita kena makan benda berat. Awak tak belajar sains ke?"soal Aidan selamba. Mak Rina sudah berlalu dari situ apabila wajah Amna mula tegang.

"Malaslah layan awak!"Amna terus menolak tubuh Aidan ke tepi dan berlalu dari situ.

"Amna, ada tak?"soal Datin Sutina bila Amna melabuhkan punggung ke kerusi makan semula.

"Takdelah, mama."jawab Amna perlahan.

"Semalam mama tengok ada lagi."kata Datin Sutina.

"Entahlah. Malas la pikir. Amna naik dulu. Nak bersiap."Amna terus bangun dan berlalu dari ruang makan.

•°•°•°•°•°

"SAYANG..."Aidan menjegulkan wajahnya di muka pintu pejabat isterinya.

Amna angkat wajah tapi dia buat bodoh aje. Dia semak semula dokument atas meja. Aidan senyum sikit sebelum masuk ke dalam.

"Sayang, janganlah merajuk lagi."pujuk Aidan. Amna menarik nafas lalu dihembus perlahan.

"Mana ada merajuk. Saya bukannya suka sangat mengada, merajuk bagai. Buang masa."balas Amna dingin.

"Dah tu? Kalau tak merajuk, janganlah layan saya macam ni. Saya nak Amna yang dulu."pujuk Aidan lagi. Dia sudah melutut di sisi Amna.

"Amna yang mana satu? Amna yang selepas dihina atau selepas tak bagi makan koko crunch?"soal Amna sinis. Dia mengerling sekilas wajah Aidan. Muram saja wajah tampan itu.

"Saya nak Amna yang sebelum dihina tu. Saya mintak maaf, sayang. I love you."ucap Aidan penuh perasaan. Dia mencapai tangan isterinya lalu dicium penuh kasih. Amna terkedu.

"Saya perlukan masa."ucap Amna.

"It is ok. Saya faham. Ambillah banyak mana masa yang awak perlu. Saya tetap akan tunggu sayang saya.

"Actually saya datang sini just nak cakap yang saya perlu ke US selama sebulan. Jadi, saya nak awak stay aje kat rumah papa, ok. Petang nanti saya tak balik rumah dah, saya stay kat rumah kita, banyak nak kena kemas. Malam ni flight saya pukul 10. Awak datang ya, sayang."maklum Aidan. Berat hatinya nak berjauhan dengan Amna. Lama pulak tu.

"Insha Allah."balas Amna pula. Tiba-tiba dia rasa sedih sebab perlu berjauhan dengan Aidan selama sebulan.

"Oklah. I've got to go. Lepas ni nak pergi masjid pulak dengan Aqil. Take care, sayang."Aidan sudah bangun. Dia tunduk lalu mengucup dahi Amna lama. Tertumpah kasih kepada isterinya itu. Amna pejam mata, menikmati kucupan kasih itu.

"Love you. Damn much!"bisik Aidan lagi sebelum keluar dari pejabat Amna. Pintu ditutup perlahan.

"Love you too, Aidan."perlahan, air matanya mengalir. Tanpa sebab.

•°•°•°•°•°

HAMPIR dua minggu, Amna diserang demam. Dia amat rindukan Aidan Haziq.

"Mama, nak Aidan."rengek Amna. Air mata mengalir lesu menuruni pipinya. Datin Sutin mengusap rambut Amna. Badan Amna masih panas walaupun sudah mendapatkam rawatan di klinik.

"Amna janganlah macam ni. Aidankan kerja, lagi dua minggu dia balik sini."pujuk Datin Sutina.

"Amna rindu dia..."rengek Amna lagi. Dia sudah teresak.

"Kakak!"tegur Aqil di muka pintu bilik dengan Ipad di tangannya. Amna pandang sekilas adiknya kemudian hadap siling biliknya semula.

"Ni, Aidan on the line."Aqil hulur Ipadnya kepada Amna. Amna bingkas bangun dan ambik Ipad yang dihulurkan. Terpampang wajah yang dirindui pada skrin Ipad. Makin lebat air matanya mengalir.

"Awakkk..."seru Amna sambil menangis. Dasar manja! Masa ada depan mata, buat tak endah saja. Datin Sutina sudah menggeleng dan dia angkat punggung dari katil. Dia menarik tangan Aqil untuk keluar dari situ. Biar Amna berSkype dengan suaminya tanpa gangguan.

"Sayang, janganlah nangis. Buat saya makin risau aje. Demam awak dah kebah ke belum?"soal Aidan risau. Kalau boleh, ingin dia terbang dah menemani isterinya.

"Belum. Saya nak awak."Amna lap air mata yang masih berdegil ingin keluar.

"Saya pun kalau boleh nak terbang pergi Malaysia sekarang jugak. Saya tak tenang awak sakit tapi kita jauh macam ni."

"Awak baliklah cepat."pinta Amna manja.

"Saya cuba selesaikan masalah kat sini secepat mungkin, sayang."balas Aidan lembut. Dia tersenyum melihat wajah isteri yang dirindui.

"Awak..."panggil Amna lembut.

"Ya, sayang."sahut Aidan dengan manja.

"Saya rindu awak. Rindu sangat."ucap Amna tanpa rasa malu. Dah memang rindu pun, sampai demam macam ni.

"Saya pun rindu sayang saya ni..."balas Aidan romantik.

"Saya... sayang awak."ucap Amna lagi. Kali ini dia rasa segan pula. Aidan ketawa senang.

"Ya? Sayang macam mana tu?"soal Aidan mesra. Senang hatinya.

"Sayang macam awak sayang sayalah."balas Amna.

"Mana awak tau saya sayang awak? Eee, perasan je."usik Aidan sambil tergelak.

"Aidan!!"geram pula Amna dibuatnya. Tengah feeling macam ni Aidan buat punchline tak jadi.

"Ok, ok. Gurau jela, sayang. Senyum sikit."Amna terus senyum.

"Awak dah maafkan saya?"soal Aidan.

"Saya dah lama maafkan awak."balas Amna.

"Habis tu, kenapa layan saya teruk?"memuncung mulut Aidan.

"Saja. Biar awak tak ulang benda sama."balas Amna selamba. Dia tersenyum manis.

"Saya balik nanti, siaplah awak. Kenakan saya, ya."Aidan tunjuk muka garang. Amna ketawa senang.

"Sayang rehatlah. Esok kita sembang lagi, ya!"kata Aidan. Dia pun dah mengantuk. Amna juga perlu tidur.

"Ok."Amna hanya menurut.

"Love you, sayang."ucap Aidan romantik.

"Love you too."balas Amna. Talian dimatikan. Amna tersenyum senang. Pasti nyenyak tidurnya malam ni.

•°•°•°•°•°

"NAK tu!!"Amna berkeras inginkan koko crunch. Dia capai kotak koko crunch lalu diletakkan dalam troli.

"Sayang, stok kat rumah banyak lagilah."Aidan ambik balik lalu letak semula atas rak.

"Tapi baby nak makan."Amna mula guna nama anak yang sedang dikandungnya.

"Takde maknanya. Habiskan yang dekat rumah dulu."tegas Aidan.

"Baby, babah tak sayang ummi."cebik Amna. Dia usap kandungan yang sudah mencecah 7 bulan itu. Aidan geram dengan tindakan Amna itu lalu pipi tembam Amna ditarik geram.

"Sakitlah..."ditepis tangan Aidan. Dia menjeling suaminya.

"Sayang kena makan makanan yang berkhasiat. Bukan macam koko crunch tu. Cubalah dengar cakap saya ni."

"Yalah, saya dengar cakap awak."Amna memeluk pinggang Aidan. Mereka beredar dari situ dan menuju ke bahagian pasar pula.

"Eee! Sedapnya aiskrim. Nak!!"Amna menolak pintu peti.

"Yang tu nantilah, sayang. Kita pergi cari buah kejap."kata Aidan. Dia genggam tangan Amna dan pergi ke arah rak buah.

Amna hanya membiarkan Aidan mengangkat barangan yang dibeli tadi ke dapur. Kalau dia tolong pun, Aidan tak benarkan. Dia melabuhkan punggung atas sofa. Tak lama kemudian, Aidan kembali ke ruang tamu dengan sepiring buah epal merah yang dihiris kecil.

"Aiskrim mana?"soal Amna sambil mengunyah buah. Aidan mencuit hidung isterinya.

"Lepas makan buah, solat zohor. Baru makam aiskrim."kata Aidan.

Amna salami tangan suaminya lalu mengucup kedua-dua pipi Aidan. Aidan senyum senang dan membalas kucupan itu. Selepas melipat telekung dan sejadah, Amna laju mahu turun ke bawah. Aiskrim sedang menunggu!!

"Sayang! Makan tak share."tegur Aidan sambil memeluk Amna dari belakang. Tak menyempat makan aiskrim, sanggup berdiri depan fridge.

"Sibuk ajelah."protes Amna. Dia menyuap lagi aiskrim Wall's Selection perisa coklat ke mulut dengan rakus. Aidan tergelak kecil.

"Kalau ya pun, duduklah dulu."Aidan melepaskan pelukan dan menarik Amna ke meja makan.

Aidan duduk terlebih dulu kemudian dia menarik Amna supaya duduk atas ribanya. Amna hanya menurut.

"Thank you for being a perfect wife for me."Ucap Aidan lembut berbisik di telinga Amna.

"Sama-sama, sayang. Terima kasih jugak sebab sudi sayang saya."balas Amna dan terus cium pipi Aidan.

"Kasihmu diterima. And no matter what happen next time, please stick with me."redup mata Aidan merenung isterinya.

"Insha Allah, sayang. Dan... kalau pun kita terpisah, saya tetap akan tunggu awak. Sampai bila-bila."ucap Amna manja. Dia senyum manis. Aidan membalas dan terus kucup dahi Amna. Sungguh, dia amat cintakan isterinya itu.

-TAMAT-

0113
18022017

Ulasan