Assalamualaikum dan hai. Silent reader apa khabar? Lama gak aku tak menaip dan up entry. Takde idea nak type apa do hahahahahah... dan sekarang pun aku dah start belajar balik.
Cakap soal belajar... jeng jeng jeng. Aku nak perkenalkan tempat ngaji aku. Hohoho. Kat mana aku ngaji?
UiTM Tapah.
Yass... UiTM Tapah, Perak. Daerah Padang Batang.
So, dengar-dengar UiTM Tapah ni baru lagi buka. Dalam tahun 2014. Sekarang dah 2017, dalam empat tahun juga UiTM Tapah ni beroperasi.
UiTM ni ada tiga fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan iaitu kos yang aku amik.
Tempat ni style macam pedalaman tau T_T. Sedih tak sedih? Nak pergi pekan Tapah dalam 10 minit. Jaraknya dalam 12km. Haa... jauh tak jauh? Student kena amik teksi nak pegi pekan atau senior pun buat kereta sapu. Senioriti dekat UiTM Tapah ni sumpah tak tinggi. Agak menarik juga kan? Kat tempat lain tak taulah macam mana.
Apa yang ada dekat pekan? Kat pekan tu tadelah sedih mana gais. Kalau korang lepas SPM pastu tercampak dekat UiTM Tapah ni, sepatutnya korang bersyukur sebab UiTM ni betul betul betul tempat ngaji dan bukanlah tempat yang boleh melagha sangat. Dekat pekan ada la KFC, Pizza Hut, dan Secret Recipe. Kalau nak beli barang peribadi, makanan and so on, Watson, TF, dan ECO ada gais. Cuma penatla jalan. Hohoho.
Ni ada aku snap gambo blok-blok yang boleh dikatakan moden dan cantik! Tempat lain mana ada bangunan macam kat UiTM Tapah. Kah kah kah
|
Haaa ini dekat FSG. Tile pun cantik. Satu je tak cantik -_- Floor dia tu tak rata. kalau main fon haa tau la nanti. Cam harey terkejut dia. Setiap Fakulti ada 2 blok tau kecuali FSKM. Bangunan FSG ni macam cacat sikit. Blok A dan blok B sama je cacat dia. Bangunan depan ada tiga tingkat dan belakang ada dua tingkat. Haaa macam mana tu? Kalau nak tahu, cuba try test masuk sini.
|
Ini dia gais... blok FSG. Cantikkan?? Mana je ada bangunan lawa dan moden cam gini? Habaq mai
Gambo ni diambil masa matahari terbenam. Ini dekat cafe BETA
|
Menara jam. |
|
Ini view dekat BETA juga. Selepas matahari terbenam gais. Lawa. |
|
View UiTM Tapah dari atas. |
|
Matahari terbenam. hestek langit Tapah. |
|
Nah, belanja gambar tasik dekat Pusat Pelajar. Yang belakang tu Cafe ALPHA |
|
Cafe Alpha dari Cafe Pusat Pelajar |
|
Dewan Kuliah. Kalau tak silap DK ada 4 buah. Besar juga, Kat dalam DK tu macam dekat panggung wayang, |
|
Ini adalah bangunan Pusat pelajar. |
|
Tempat feberet perempuan dekat PP. Semua ada hokay. |
|
Ini KShopee. Boleh beli makanan dekat sini. |
|
Kedai untuk print segala macam notes. Dekat sebelah pun ada juga. |
|
Suasana di Cafe PP. |
|
Haa... ada bank! Tapi bank Islam je. Tapi jangan risau sebab ada MEPS. Sebelum masuk Tapah, buat akaun Bank Islam dulu. Okay? Duit PTPTN dia masuk ikut akaun Bank Islam. |
|
Tapi ada satu ATM je. Bapak sedih kena beratur lama. Kalau duit ATM habis, korang terpaksa meredah panas ke Zeta. |
|
Pejabat Pos atau koperasi. Sini boleh beli tiket bas juga. |
|
Dalam pejabat pos. |
|
DK. |
|
Blok Perakaunan. |
|
Susur gajah ke Beta. |
|
Fakulti Sains Komputer dan Matematik. |
|
Ini ada bangunan kolej beta. |
|
Papan kenyataan. |
|
Tangki air. |
|
COWAY GAIS. Dekat Beta 11 ada Vinding Machine. |
|
Ini Perpustakaan Tunku Abdul Razak atau PTAR. Tiga tingkat. Tapi tingkat tiga tak guna lagi. Bahan bacaan tak banyak lagi. |
|
PTAR dari depan. |
|
Tasik ALPHA dari blok FSG.
|
Haaa... menarik ke tak menarik? Bangunan pun baru baru lagi okay. Kolej takyah cakap. Memang selesa dan tak menakutkan.
Okay itu saja pasal UiTM Tapah ya gais. Sayonara!
Ulasan
Catat Ulasan